Thursday, November 5, 2009

Formula De' Grand Prix

Assalamualaikum...

Oleh kerana sambutan yang agak tinggi terhadap boardgame ini maka kami akan mengadakan Grand Prix Formula De' bermula minggu hadapan iaitu pada 11 November 2009. Setakat ini pihak penganjur telah berjaya mengumpul 6 litar dan 4-6 litar akan cuba dicetak dalam masa terdekat (kalau ada budget).

Perlumbaan akan bermula dengan litar Hockenheim dan diakhiri dengan litar Zandvoort. Pelumba yang berminat untuk menyertai Grand Prix ini bolehlah mendaftarkan diri terus kepada penganjur ataupun memberi nama dan nombor telefon di bahagian komen.

Tujuan Grand Prix ini hanyalah untuk memenuhi keperluan hobi semasa dan diingatkan tiada hadiah akan diberi kepada pemenang kerana kami tidak mempunyai penganjur. Pemenang hanya boleh ROTFLOL kepada pelumba yang kalah sahaja.

Sekian, Wassalam...

Wednesday, October 7, 2009

Game Night 25

Lokasi - Changlun
Masa : 9.20 malam
Hari : Rabu (8 Oktober 2009)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Setelah hampir dua bulan aktiviti game night terpaksa ditunda kerana menyambut Ramadhan, akhirnya pada malam ini ianya dapat diteruskan lagi.

Board game pertama dimulakan dengan Munchkin, untuk board game yang berunsurkan kad ini para pemain berlumba untuk mendapat level 10 terlebih dahulu daripada pemain lain.

Munchkin 1
Munchkin 2

Board game kedua : Formula De dengan 7 pelumba menyertai saingan. Kali ini litar Zandvoort dipilih disebabkan pemain lain khuatir masa yang agak lama akan digunakan jika litar Monaco dimainkan. Nazli yang menduduki pole position telah berjaya memenangi perlumbaan ini diikuti oleh Zukuwwan dan Asif.

Formula De 1
Formula De 2
Formula De 3
Formula De 4
Formula De 5
Formula De 6
Formula De 7
Formula De 8
Formula De 9

Board game ketiga : Bang! dimainkan sebanyak dua pusingan. Pusingan pertama Sheriff (Nazli) gagal meewaskan Outlaw akibat dibunuh dengan Dynamite. Pusingan kedua : sekali lagi Sheriff (Am) tidak dapat mencapai objektif apabila dibunuh oleh Indian.

Bang! 1
Bang! 2
Bang! 3
Bang! 4

Sesi kali ini ditamatkan pada pukul 1.30 pagi.

Wassalam...

Tuesday, August 4, 2009

Game Night 24

Lokasi - Changlun
Masa : 9.20 malam
Hari : Rabu (29 Julai 2009)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Kali ini penyertaan adalah menggalakan. 7 pemain berjaya hadir untuk sesi kali ini. Oleh kerana Asif dan rakannya datang agak lewat maka pusingan pertama dimulakan dengan Agricola.

Agricola_1
Agricola_2

Kali ini Adlee membuktikan keunggulannya dalam Agricola dengan menjadi juara walaupun dengan 31 markah. Walaupun hanya 4 pemain sahaja yang menyertai pusingan pertama tetapi ianya agak tegang kerana kesemua pemain masing-masing berlumba untuk mencapai objektif yang sama.

Pada awalnya Formula De' ingin dimainkan untuk pusingan kedua tetapi dengan kesuntukan masa maka Adlee meminta Bang! dimainkan untuk pusingan kedua. Formula De' adalah antara board games yang memerlukan masa yang agak lama untuk dihabiskan antara 90-180 minit.

Bang! dengan 7 pemain bermakna ada 1 sherif, 2 deputy, 3 outlaw dan 1 renegade. Dalam pusingan kali ini kedua-dua Deputy telah tewas di awal saingan kerana telah dibunuh oleh Outlaws yang begitu rakus menembak semua pemain. Renegade juga terpaksa akur dengan kehebatan Outlaw yang diterajui oleh Adlee bersama pengikutnya Fauzi dan Asif. Di akhir saingan Sheriff terpaksa bertempur dengan 3 outlaw; seperti yang dijangka Sheriff tidak berjaya melumpuhkan amukan Outlaw dengan kematian yang agak menyedihkan...

Bang!_1
Bang!_2
Bang!_3

Pusingan ketiga bermula dengan Formula De' dan kali ini hanya 6 pemain sahaja yang menyertainya dengan Adlee yang terpaksa pulang awal. Walaupun bermula di petak hadapan Shanizan tidak berjaya menggunakan kelebihan awal untuk menjuarai Formula De' kerana terpaksa menggunakan strategi Pit untuk menamatkan perlumbaan. Asif yang bermula di petak belakang pula telah berjaya memintas pemain lain dengan pemanduan yang agak berhati-hati. Oleh kerana terlalu banyak membuat keputusan yang agak drastik; Fauzi tidak berjaya menamatkan perlumbaan kerana keretanya rosak akibat perlanggaran dengan kereta Asif. Kesempatan ini digunakan oleh pemain lain untuk memburu tempat yang lebih baik.

Formula de_1
Formula de_2
Formula de_3
Formula de_4
Formula de_5
Formula de_6
Formula de_7
Formula de_8
Formula de_9
Formula de_10

Akhirnya Nazli telah berjaya menamatkan perlumbaan dengan tempat pertama diikuti Shanizan, Asif, Isa dan Am. Fauzi yang tidak berjaya menamatkan perlumbaan, pulang awal kerana frust.

Sesi kali ini ditamatkan pada 1.35 pagi. Sekian...

Wassalam...

Game Night 23

Lokasi - Changlun
Masa : 9.15 malam
Hari : Rabu (22 Julai 2009)

Isa bersama board games yang dirancang untuk dimainkan pada sesi kali ini.

Assalamualaikum...

Sesi kali ini hanya dihadiri oleh 3 pemain sahaja. Malam ini hanya Zukuwwan, Shanizan dan Isa sahaja yang memulakan cabaran Game Night 23. Oleh kerana gelanggang utama ditutup pada malam ini, maka lokasi untuk gelanggang diubah ke Restoran USWA di Taman Teja, Changlun.

Saingan pada malam ini dimulakan dengan Wasabi! kerana dikhuatiri para pemain lapar. Wasabi boleh dimainkan antara 2-4 pemain. Jangkaan masa permainan adalah di antara 30-45 minit. Setiap pemain mewakili seorang chef dan diberi 10 cabaran resepi untuk disiapkan. Dalam setiap pusingan setiap pemain perlu meletakkan satu ramuan di atas ruang penyediaan dan sesiapa yang berjaya melengkapkan resepi masakannya mengikut aturan menegak atau melintang akan mendapat markah yang selari dengan cabaran yang disiapkannya.

Wasabi!_1
Wasabi!_2
Wasabi!_3
Wasabi!_4
Wasabi!_5
Wasabi!_6

Wasabi! adalah antara board game yang agak ringan dan kadar kompleksiti terhadap pemahaman peraturan adalah agak rendah. Kualiti komponen board games ini juga agak baik. Sesiapa yang baru mula untuk membiasakan diri dengan board games adalah digalakkan untuk memainkan Wasabi!.

Sekali lagi gelanggang untuk Game Night diubah, kali ini di rumah Zukuwwan pula. Wasabi! dimainkan untuk kali kedua pada pusingan kedua kerana dirasakan pusingan pertama terlalu singkat. Pusingan kali ini dimenangi oleh Zukuwwan tanpa saingan yang sengit oleh Isa dan Shanizan.

Wasabi!_7
Wasabi!_8
Wasabi!_9
Wasabi!_10
Wasabi!_11

Seperti biasa game night yang diadakan pada setiap minggu dikatakan tidak lengkap jika Agricola tidak dimainkan. Maka kali ini Agricola menjadi hidangan utama untuk 3 pemain berentap. Dalam pusingan kali ini, Shanizan sekali lagi memenangi Agricola dengan jurang perbezaan mata yang agak rendah dengan Isa dan Zukuwwan.

Agricola_1
Agricola_2
Agricola_3

Sesi kali ini ditamatkan pada antara 1.00-2.00 pagi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun dalam kumpulan yang kecil. Diharap pada minggu-minggu yang akan datang penyertaan akan bertambah. InsyaAllah...

Wassalam.

Tuesday, July 21, 2009

Game Night 22

Lokasi - Changlun
Masa : 10.00 malam
Hari : Rabu (15 Julai 2009)

Assalamualaikum...

Sesi kali ini dimulakan agak lewat kerana hanya 3 pemain yang muncul tepat pada masanya. Oleh yang demikian diharap pemain memberikan komitmen yang serius kerana kelewatan anda akan menjejaskan pemain lain.

Untuk pusingan pertama pada sesi kali ini, Puerto Rico dipilih sebagai pembuka selera. Dalam sesi kali ini Zukuwwan gagal mengekalkan kejuaraannya di mana beliau tewas mengejut di tangan Shanizan. Adlee yang cuba memberikan saingan hanya mampu mendapat tempat kedua.

Puerto_Rico_1
Puerto_Rico_2

Oleh kerana Adlee dan Zukuwwan perlu pulang awal, maka lokasi perlu diubah ke rumah Zukuwwan kerana dengan ketiadaan kedua-dua mereka menjadikan kapasiti pemain pada pusingan yang akan datang kepada 3 pemain sahaja. Seperti biasa Agricola dipilih untuk dimainkan. Ianya kerap dimainkan kerana board game ini menjadi kegemaran majoriti ahli dalam Boardgame SIG di UUM. Oleh itu, boleh dikatakan hampir setiap sesi Agricola akan dimainkan sekurang-kurangnya sekali.

Oleh kerana terlalu teruja dengan kekemasan dan keindahan rumah Zukuwwan maka Nazli dan Isa masing-masing telah hilang fokus. Peluang ini diambil oleh Shanizan untuk menjuarai pusingan kedua dengan agak mudah walaupun dicabar oleh Zukuwwan.

Agricola_1
Agricola_2

Masa yang terlalu suntuk menjadikan pusingan ketiga memerlukan board game yang agak ringan. Ticket to Ride dipilih untuk pusingan ketiga. Isa yang masih lagi baru dalam board game ini menjadikan cabaran hanya tertumpu kepada 3 penjuru sahaja. Sekali lagi Shanizan berjaya menjuarainya dengan memperolehi mata melebihi 100 diikuti Zukuwwan yang mengekori dekat di belakang.

Ticket_to_Ride_1

Ticket_to_Ride_1

Sesi kali ini ditamatkan pada pukul 2.30 pagi di rumah Zukuwwan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Semoga sesi akan datang ramai lagi pemain yang boleh hadir. InsyaAllah...

Wassalam...

Monday, July 20, 2009

Game Night 21

Lokasi - Changlun
Masa : 9.30 malam
Hari : Rabu (8 Julai 2009)

Assalamualaikum...

Oleh kerana terlalu banyak gambar yang dimuatkan dalam page ini dan melambatkan loading time maka penganjur memilih untuk menggunakan flicker sebagai medium penyimpanan gambar semasa aktiviti Game Night dan SIG Meeting. Jadi pelawat blog hanya melihat gambar yang ingin dilihatnya sahaja tanpa melihat kesemua gambar.

Dalam sesi kali ini Agricola dimainkan di mana 5 pemain berjaya menyertai pusingan yang pertama. Adlee, Nazli, Asif, Pun dan Shanizan. Kapasiti pemain yang maksimum dalam pusingan ini menyebabkan ianya menjadi tegang kerana para pemain berikut juga adalah pemain veteran kecuali Pun yang masih lagi di tahap veteran beginner.

Agricola_1
Agricola_2
Agricola_3
Agricola_4
Agricola_5

Pusingan kedua diteruskan dengan Power Grid di mana hanya 4 pemain sahaja yang berjaya menyertainya. Kali ini menyaksikan pertembungan di antara Pun, Asif, Nazli dan Shanizan. Oleh kerana agak lama tidak memainkan board game ini Pun seperti biasa melengahkan perjalanan permainan.

Power_Grid_1
Power_Grid_2
Power_Grid_3
Power_Grid_4

Disebabkan terlalu banyak masa terbuang dengan menunggu giliran Pun melaksanakan tindakan maka untuk sesi kali ini hanya 2 pusingan sahaja berjaya dihabiskan. Diharap sesi akan datang akan lebih banyak pusingan boleh dimainkan kerana Pun tidak akan hadir pada sesi seterusnya.

Sekian untuk kali ini.

Wassalam

Wednesday, July 1, 2009

Game Night 20

Lokasi - Changlun
Masa : 9.30 malam
Hari : Rabu (1 Julai 2009)

Assalamualaikum...

Pada mulanya kehadiran pada sesi amat menyedihkan di mana hanya 3 pemain sahaja yang berjaya tiba tepat pada waktu yang dijanjikan. Oleh kerana kuantiti pemain yang agak kecil maka Agricola dipilih sebagai board game untuk pertama.

Agricola : Game Setup

Zukuwwan mula mengisi clay.

Disebabkan para pemain masing-masing ingin mencapai objektifnya sendiri; di mana unsur palam-memalam tidak berlaku maka Shanizan telah berjaya menjadi juara dengan memperolehi 46 mata diikuti Zukuwwan dengan 31 mata dan Isa dengan 26 mata.

Game end : Board pemain yang menjadi juara

Sebelum memulakan pusingan kedua dengan Puerto Rico; 3 pemain lain berjaya tiba di lokasi iaitu Asif, Nazli dan Fauzi. Oleh kerana had pemain untuk Puerto Rico hanya 5 pemain maka Fauzi terpaksa menjadi pemerhati. Seperti yang telah dimaklumkan, Puerto Rico merupakan board game kegemaran kumpulan ini sebelum adanya Agricola. Dengan adanya Agricola maka board game ini amat jarang dimainkan.

Nazli dan Asif masing-masing khusyuk merangka strategi tanpa menyedari aksi mereka dirakam.

Game end : Zukuwwan tersenyum kerana menang lagi.

Oleh kerana terlalu lama tidak memainkan board game ini dan dipengaruhi oleh beberapa pemain yang pertama kali memainkannya (Isa); maka agak sukar untuk merangka strategi kemenangan untuk pusingan ini. Walaubagaimanapun, Zukuwwan berjaya menjadi juara dengan memperolehi 48 mata diikuti Asif 42, Shanizan dan Nazli 41 dan Isa 38.

Power Grid : Game setup.

Isa sibuk membida power plant dengan Fauzi sambil diperhatikan oleh Shanizan.

Setelah tamatnya pusingan kedua, Zukuwwan terpaksa mengundur diri. Pusingan ketiga diteruskan dengan board game Power Grid. Board game ini juga merupakan antara yang baru diperkenalkan dalam kumpulan ini. Ianya boleh dimainkan antara 2-6 pemain. Setiap pemain akan mewakili satu syarikat yang mempunyai stesyen janakuasa and akan cuba memberi perkhidmatan elektrik kepada bandar-bandar. Dalam pusingan board game ini, para pemain akan membida untuk membeli stesyen janakuasa, membeli sumber-sumber untuk stesyen tersebut dan juga cuba untuk memperluaskan jaringan perkhidmatannya kepada bandar-bandar lain. Pemain yang paling banyak membekalkan elektrik pada bandar-bandar dalam jaringannya merupakan juara dalam board game ini.

Fauzi menggigit straw kerana frust akibat tewas dalam bidaan power plant.

Untuk pusingan kali ini 5 pemain meneruskan cabaran iaitu Asif, Nazli, Fauzi, Isa dan Shanizan. Dalam board game ini Isa telah berjaya menjadi juara dengan membekalkan elektrik kepada 14 bandar dan mempunyai lebihan wang daripada Asif yang juga membekalkan elektrik kepada 14 bandar.
Asif tidak dapat mengawal emosi kerana tewas hanya dengan perbezaan 5 ringgit.

Sesi kali ini ditamatkan pada pukul 2.15 pagi. Penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada pemain yang menjayakan aktiviti kali ini. Penganjur juga ingin memaklumkan pembaca blog bahawa blog ini akan diupdate 2 minggu sekali. Sekian, terima kasih

Wassalam...

Game Night 19

Lokasi - Changlun
Masa : 9.45 malam
Hari : Rabu (24 Jun 2009)

Assalamualaikum...

Pada minggu ini lokasi untuk game night terpaksa diubah untuk memenuhi permintaan pemain. Ini disebabkan ramai pemain regular memberi respon negatif pada undangan game night jika dibuat di lokasi biasa. Bukan itu sahaja, pemain yang hadir juga ada yang terpaksa menyelesaikan tugas sampingan dan ini menyebabkan flow board game menjadi agak perlahan.

Fauzi dengan gembiranya mengambil biri-biri.

Sesi kali ini dimulakan dengan board game kegemaran kumpulan ini iaitu Agricola. Walaupun dijanjikan hanya beberapa pemain saja yang dapat hadir, tetapi dengan tidak disangka sambutan menjadi hangat apabila Isa dan Fauzi hadir. Board game ini disertai oleh Adlee, Pun, Fauzi (sepatutnya tidak hadir kerana ada training Sudden Attack), Isa dan Shanizan.

Pun kecewa kerana tewas disebabkan dipalam oleh dua pemain.

Oleh kerana bermain dengan 5 pemain yang agak dahsyat, maka flow board game ini agak perlahan kerana masing-masing menggunakan masa yang agak lama untuk melakukan tindakan-tindakan masing-masing terutamanya Pun yang berkali-kali mengaktifkan Ultimate movenya ianya "Now Loading...". Oleh kerana Shanizan dan Adlee terlalu asyik memalam Pun, maka Isa telah berjaya menjadi juara dalam pusingan kali ini. Ini merupakan kejayaan pertama Isa dalam Agricola.

Railroad Tycoon : Fauzi sedang meninjau board untuk merangka strategi

Dengan kehadiran Asif dan Nazli (baru balik tengok Transformers 3: Revenge of The Fallen); Railroad Tycoon dipilih untuk dimainkan dalam pusingan kedua. Kali ini Nazli, Adlee, Asif, Fauzi, Isa dan Shanizan berentap untuk menjadi Railroad Tycoon.

Adlee mengira kos track yang akan dibina.

Shanizan dan Adlee masing-masing memberi cadangan kepada Isa untuk membina track.

Kedudukan markah semasa : Pemain biru (Pun) terakhir

Ini merupakan pengalaman pertama Asif, Isa dan Adlee dalam board game ini. Oleh yang demikian ianya menjadi agak sukar untuk mempercepatkan flow board game ini. Pun terpaksa menggantikan Asif kerana beliau terpaksa pulang awal. Dengan adanya Pun untuk pusingan ini, maka bertambah lambatlah flow board game ini.

Pun tersenyum kerana dipalam lagi

Kedudukan board semasa : hitam (Nazli) dan merah (Fauzi) mengawal kawasan selatan; biru (Pun) dan ungu (Isa) mengawal kawasan tengah; kuning (Shanizan) dan hijau (Adlee) mengawal kawasan timur.

Board game ini berjaya ditamatkan setelah 2 jam berentap di mana sekali lagi Fauzi telah berjaya menjadi juara. Isa yang mempunyai keretapi paling maju di antara pemain lain menjadi pemain yang terakhir. Setelah tamat Railroad Tycoon, Adlee dan Fauzi mengundur diri menjadikan pemain yang masih meneruskan cabaran kepada 4 pemain sahaja.

Kedudukan markah semasa : Fauzi masih lagi mendahului

Game end : Adlee dan Pun terpaksa akur memberikan kemenangan kepada Fauzi

6 Nimmt! dipilih sebagai board game untuk pusingan ketiga. Walaupun hanya disertai 4 pemain ianya tetap dipilih kerana pemain mahu bermain board game yang agak ringan disebabkan masa yang sudah suntuk. Dalam pusingan kali ini Isa menjadi juara walaupun pada mulanya kelihatan seperti Pun yang akan menjadi juara.

6 Nimmt! : Nazli bersama koleksi kad yang diperolehinya.

Untuk pusingan yang terakhir, Bohnanza dipilih untuk dimainkan. Dalam board game ini, para pemain dianggap sebagai petani yang menanam kacang. Pemain diberi pilihan sama ada memilih untuk menanam kacang yang diperolehi atau tidak. Jika kacang yang ditanam menjadi, maka ianya boleh ditukarkan dengan wang. Pemain yang mempunyai wang terbanyak di akhir permainan menjadi juara.

Bohnanza : Game end.

Dalam pusingan ini, Shanizan berjaya menjadi juara. Ini mungkin disebabkan board game ini masih baru dimainkan antara kumpulan ini menjadikan mereka masing lagi asing dengan strategi yang perlu diambil perhatian.

Sesi kali ini ditamatkan pada pukul 4.30 pagi. Penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada pemain yang hadir dan semoga berjumpa di minggu hadapan.

Wassalam...

Wednesday, June 17, 2009

Game Night 18

Lokasi - Changlun
Masa : 9.30 malam
Hari : Rabu (17 Jun 2009)

Assalamualaikum...

Harap maaf, tiada game night diadakan pada 10 Jun 2009 disebabkan boardgame provider terpaksa bercuti di Kuala Lumpur selama seminggu. Alhamdulillah, kali ini 5 pemain berjaya hadir tetapi Fauzi tiba agak lewat sedikit.

Game startup : Koew teow Zukuwwan tengah warming up

Agricola dimainkan sebagai pemanas badan kerana Fauzi masih belum tiba dan hanya 4 orang sahaja yang menyertainya, Adlee, Zukuwwan, Nazli dan aku. Dalam pusingan kali ini, dek kompleks dipilih untuk dimainkan kerana ianya merupakan dek yang masih belum pernah dimainkan. Jadi ini merupakan pengalaman yang pertama bagi kesemua pemain.

Adlee masih lagi menjamu selera sedangkan hanya tinggal beberapa pusingan sahaja sebelum game end


Zukuwwan cuba membuat protes

Pusingan kedua masih lagi dengan Agricola, kali ini melibatkan 5 pemain kerana Fauzi telah bersedia untuk memulakan cabaran. Kali ini dek interaktif dipilih kerana majoriti pemain merasakan terlalu payah untuk mengeluarkan minor improvement kerana terdapat banyak prasyarat yang tidak praktikal untuk dipenuhi berbanding dengan faedah yang didapati.

Fauzi tengah kontrol hensem


Zukuwwan sedang mengira binatang ternakannya

Oleh kerana bilangan pemain bertambah dan kebanyakan pemain masih lagi kehilangan rentak akibat daripada game night minggu lepas yang terpaksa dibatalkan maka pergerakan permainan agak lambat terutamanya di 2 stage akhir di mana para pemain terpaksa memerah otak untuk mendapatkan markah yang optimum daripada tindakan yang ada.

Zukuwwan tersenyum kerana bilangan ternakannya yang banyak masih gagal menjadikan beliau sebagai pemenang


Winning pose

2 pusingan Agricola mengambil masa selama 3 setengah jam. Oleh itu Zukuwwan dan Adlee terpaksa mengundurkan diri memandangkan masa menunjukkan jam 12.30 pagi. Oleh itu cabaran seterusnya tinggal Nazli, Fauzi dan aku.

Railroad Tycoon dipilih sebagai board game untuk pusingan ketiga. Ianya pertama kali dimainkan di mana dalam permainan ini setiap pemain mewakili seorang individu yang cuba menjadi Railrood Tycoon. Para pemain bermula dengan mengambil saham dan menerima wang daripada saham terbabit. Wang tersebut boleh digunakan untuk membuat rel ke bandar-bandar, menambah baik keretapi yang dimiliki, memajukan kawasan kepada bandar atau membina link ke barat.

Fauzi cuba mengerakkan keretapi dengan mulutnya; tetapi gagal


Nazli : Now Loading...

Oleh kerana hanya 3 pemain yang tinggal tetapi peta permainan yang sangat besar maka ianya menjadikan board game ini tidak diterokai sepenuhnya oleh para pemain. Faktor mengantuk bukan menjadi penghalang untuk Fauzi dalam menjadi Railroad Tycoon yang berjaya dalam pusingan ini.

Fauzi tidak dapat menahan kegembiraanya kerana berjaya menjadi Railroad Tycoon yang berjaya

Sesi kali ini tamat pada 2.45 pagi. Terima kasih diucapkan kepada pemain yang hadir untuk menjayakan sesi kali ini. Diharap pemain baru dapat menyertainya untuk sesi-sesi yang akan datang, InsyaAllah...

Wassalam...

Thursday, June 4, 2009

Game Night 17

Lokasi - Changlun
Masa : 9.30 malam
Hari : Rabu (3 Jun 2009)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, pada sesi kali ini hanya 4 pemain berjaya menghadirkan diri. Isa, Adlee, Nazli dan aku sahaja yang meneruskan cabaran untuk malam ini. Agricola yang merupakan board games kegemaran kami dipilih untuk dimainkan serta-merta.

Game startup : Adlee masih lagi membaca occupation card

2 pusingan dimainkan, kali ini kami memilih dek interaktif sebagai cabaran dalam Agricola. Sebelum ini hanya dek permulaan digunakan kerana untuk membiasakan pemain dengan persekitaran dan mekanik permainan Agricola. Setelah dirasakan ianya sesuai maka barulah dek ini dipilih.

Nazli menunjukkan bahawa susah sungguh nak menang...

Perjalanan permainan agak lambat untuk menamatkan satu-satu pusingan kerana para pemain masih lagi cuba memahami dan mengatur strategi untuk dek baru ini.

Catan game startup : Adlee menerangkan peraturan permainan kepada Isa

Setelah selesai dengan Agricola, Settlers of Catan dipilih untuk dimainkan kerana masa kelihatan agak suntuk dan beberapa pemain harus pulang awal kerana terlibat dengan morning babbling keesokan paginya. Board game ini juga dipilih atas sebab ianya mudah difahami kerana Isa masih lagi belum biasa dengan board game ini.

Adlee masih lagi memberi penerangan kepada Isa

Dalam pusingan kali ini Adlee telah berjaya menamatkan saingan Settlers of Catan dengan menjuarainya dalam masa 45 minit sahaja. Sesi kali ini ditamatkan agak awal iaitu hampir pukul satu pagi.

Settlement placement

Terima kasih kepada semua yang hadir dan diharap agar perjumpaan di masa masa akan datang akan lebih meriah. InsyaAllah...

Wassalam...

Monday, June 1, 2009

Jemputan Kenduri - Zukuwwan

Assalamualaikum...

Zukuwwan menjemput semua rakan boardgamers untuk menghadiri majlis perkahwinan adiknya iaitu Zamzawani dengan Mohd Asrul Azim pada 3.6.2009

Alamat majlis tersebut :
3059, Taman Jalan Sultanah,
Lorong Bayu,
05350 Alor Setar, Kedah.

Marilah kita beramai-ramai menghadiri majlis ini agar ianya lebih berseri-seri.

Wassalam...

Game Night 16

Lokasi - Changlun
Masa : 9.30 malam
Hari : Rabu (27 Mei 2009)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, pada sesi kali ini 5 pemain berjaya menghadirkan diri. Agricola dipilih untuk dimainkan untuk pusingan yang pertama.


Zukuwwan dan Isa bersedia untuk pusingan pertama

Aku dan Nazli mengucapkan good luck kepada para pemain

Oleh kerana terlalu cepat permainan ditamatkan untuk pusingan pertama, maka pusingan kedua Agricola diteruskan. Kali ini Fauzi bertekad untuk menang.


Setup untuk pusingan kedua, kali ini Zukuwwan bersama dengan koew teownya

Fauzi tergamam kerana markahnya lebih kurang sama dengan pemain yang terakhir

Fasa terakhir Agricola : Simpan dalam kotak

Setelah dua pusingan Agricola, Zukuwwan terpaksa mengundurkan diri kerana jam telah menunjukkan pukul 12.30 tengah malam. Dengan hanya 4 pemain, dan keengganan Isa untuk mempelajari heavy games yang baru membuatkan Pompeii dipilih untuk dimainkan.

Nazli masih kurang jelas dengan rule

Pompeii dimiliki oleh Zukuwwan, oleh itu ianya tiada dalam senarai koleksi yang disenaraikan. Board game ini sesuai dimainkan antara 2-4 pemain dan mengambil masa antara 30-45 minit sahaja.

Incoming lava tiles

Dalam Pompeii setiap pemain perlu menggunakan pengikutnya untuk menduduki Pompeii sebelum gunung berapi Vesuvius meletup dan lavanya membakar Pompeii. Setelah gunung Vesuvius meletup, pemain perlu berlumba untuk keluar dari Pompeii untuk menyelamatkan diri. Pemain yang mempunyai pengikut yang paling ramai terselamat adalah pemenang.

Fauzi gembira kerana berjaya melakukan pembunuhan beramai-ramai

Dua pusingan dimainkan untuk Boardgame ini kerana untk membiasakan pemain baru, Isa dan Nazli dengan mekanik permainan dan tema serta objektifnya. Dalam pusingan ini Fauzi dan Isa menjadi pemenang.

Aku terpaksa akur kerana tewas teruk

Fokus untuk pusingan kedua...

Sekian untuk kali ini...

Wassalam...

Wednesday, May 20, 2009

Game Night 15

Lokasi - Changlun
Masa : 9.30 malam
Hari : Rabu (20 Mei 2009)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, pada sesi kali ini 7 pemain berjaya menghadirkan diri. Setelah lama sekian lama menunggu kelulusan lesen keluar malam, akhirnya penantian tersebut membuahkan hasil kepada Zukuwwan kerana berjaya menghadirkan diri untuk sesi ini. Oleh kerana pemain hadir pada sela masa yang berbeza maka 6 Nimmt! dipilih sebagai boardgame yang pertama (appetizer) untuk dimainkan.

Isa dan Asif - working on their winning pose

Zukuwwan - Now Loading...


Hanya 2 pusingan dimainkan untuk 6 Nimmt! juga dikenali sebagai Take 6!. Ini disebabkan para pemain tidak sabar untuk memulakan main course pada malam ini iaitu Battlestar Galactica. Setelah human player tewas pada sesi sebelumnya, mereka mengharapkan sesi kali ini akan memihak kepada mereka kerana semua rules telah difahami dengan jelas.

Zukuwwan cuba menghapuskan Raiders dengan Viper yang diterbangkannya


Cylon player sekali lagi berjaya menghalang human player daripada mencapai objektifnya tetapi ada peningkatan kepada human player kerana mereka hanya perlu 2 step sahaja lagi untuk Auto Jump dan memenangi perlawanan. Asif antara pemain yang paling kecewa kerana beliau begitu komited untuk memastikan kemenangan di pihak human player tetapi masih gagal dalam memimpin rakan-rakan lain menuju kejayaan.

Adlee rileks kerana tidak ada gunfighter yang berani menembaknya


Oleh kerana terlalu letih berfikir dalam Battlestar Galactica, para pemain mahukan board game yang agak ringan untuk cool down. Oleh itu Make You Gunfighter dipilih untuk dimainkan. 2 pusingan dimainkan di mana Adlee dan Asif menjadi juara untuk satu-satu pusingan. Zukuwwan terpaksa mengundur diri kerana telah lewat.

Agricola - game startup


Untuk menutup sesi kali ini Agricola dimainkan. Asif hanya menjadi observer kerana masih lagi terlalu letih kerana menerbangkan Viper dalam Battlestar Galactica. Hanya Isa, Adlee, Fauzi, Nazli dan aku yang masih bertahan dan meneruskan cabaran. Buat pertama kalinya Nazli berjaya memenangi Agricola dengan 32 mata. Isa yang merupakan pemain baru mengumpul 20 mata, 1 mata di belakang Fauzi yang merupakan seorang pemain Veteran.

Agricola - end game

Aku sedang mengira markah Adlee


Sesi kali ini ditamatkan pada jam 2.30 pagi. Semoga jumpa lagi di minggu hadapan...

Wassalam...
Blog Widget by LinkWithin