Wednesday, May 26, 2010

Game Night 27

Lokasi - Changlun
Masa : 9.20 malam
Hari : Rabu (26 Mei 2010)

Assalamualaikum...

Grand Prix Formula De' untuk musim kedua telah tamat. Berikut adalah senarai pemenang untuk tempat pertama, kedua dan ketiga.

Pertama : Am (Merah)
Kedua : Asif (Merah)
Ketiga : Zukuwwan (Kuning)

Kedudukan mengikut pasukan pula dimenangi oleh pasukan Merah (Am dan Asif), Hijau (Rommel dan Rashid) dan Kuning (Zukuwwan dan En Rais).

Grand Prix untuk musim ketiga akan diadakan pada bulan hadapan iaitu bulan Jun. Senarai pasukan dan pemandu akan diundi. Litar yang akan dipilih juga akan diundi untuk menentukan turutan. Oleh yang demikian, sesiapa yang berminat untuk menyertai Grand Prix Formula De' untuk musim ketiga bolehlah menghubungi penganjur melalui ShoutBox yang disediakan. Penyertaan adalah percuma dan tiada hadiah untuk pemenang.

Untuk post kali ini Game Night pada malam Isnin dan Rabu digabungkan sekali kerana kesibukan yang terlampau. Dice Town dimulakan sebagai board game untuk sesi pertama. Red November pula tidak dapat dimainkan pada malam berkenaan kerana penganjur (Isa) belum sempat untuk membaca rule book. Oleh yang demikian, Agricola dipilih untuk dimainkan di mana 5 pemain dengan Complex Deck dipilih untuk sesi kali ini. Seperti biasa Isa menjadi juara dan Pun berjaya mengelakkan dirinya daripada mendapat tempat terakhir. Walaubagaimanapun Pun tetap gembira kerana berjaya menewaskan Shanizan pada malam itu.

Untuk Game Night malam Rabu, Formula De' untuk litar yang terakhir iaitu litar Barcelona dimainkan. Untuk perlumbaan kali ini, Asif dan Am gagal mempamerkan prestasi cemerlang seperti litar-litar sebelumnya. Asif yang menduduki Pole Position terpaksa mengekori kereta-kereta lain kerana Stalled pada permulaan perlumbaan kerana dikhuatiri beliau asyik merenung gadis litar sehingga terlupa perlumbaan telah bermula.

Shanizan yang bermula di petak kedua mengungguli lap pertama dengan menduduki tempat pertama diikuti Rashid dan Zukuwwan. Oleh kerana beberapa keputusan pengurusan yang tidak cekap, Shanizan susut di tempat keempat dan dipintas dengan pemanduan yang hebat oleh Rashid, Isa dan Am.

Dengan pemanduan yang cemerlang maka Rashid berjaya menduduki podium tempat pertama buat pertama kalinya daripada 13 perlumbaan diikuti oleh Isa yang memulakan perlumbaan di tempat terakhir. Shanizan berjaya juga memintas Am di saat akhir perlumbaan akibat kecuaian pemanduan Am yang menyebabkan keretanya spin di selekoh ketiga terakhir di chequered flag. Akhirnya Am berjaya juga mendapat tempat keempat diikuti oleh Rommel, Lan, Fauzi dan En Rais. Zukuwwan dan Asif gagal menamatkan perlumbaan kerana terbabas dalam perlumbaan ini.

Selesai perlumbaan ini, Long Shot dipilih untuk dimainkan oleh 6 pemain. Ini adalah kali pertama board game ini dimainkan di mana iainya merupakan pengalaman yang agak menarik kerana genre board game ini yang agak berbeza. Pemain bermula dengan modal $25; untuk setiap pusingan pemain boleh membeli kuda tertentu @ meletakkan pertaruhan ke atas kuda tertentu @ memainkan kad Long Shot @ menukarkan kad Long Shot kepada $5. Strategi untuk board game ini ialah memastikan bahawa pertaruhan ke atas kuda mendapatkan pulangan yang lumayan. Pemain yang mempunyai wang paling banyak pada akhir permainan adalah pemenang.

Sekian untuk kali ini, Wassalam...


Dice Town : End Game round 1

Dice Town : Isa kira VP

Dice Town : Kedudukan kewangan Zukuwwan

Dice Town : Starting game round 2

Dice Town : Game progress terhenti seketika kerana menunggu Pun membeli burger

Agricola : Rommel and Isa in action

Red November : Sample gnome movement

Red November : Gnome kuning cuba memadamkan api

Formula De' : Melepasi selekoh pertama

Formula De' : Hikmat menyedut asap

Formula De' : Zukuwwan, Shanizan and Am in action

Formula De' : Antara selekoh yang menyebabkan beberapa pemandu overshoot.

Formula De' : Asif's friend and Isa in action

Formula De' : Asif ketawa kerana banyak pemandu telah kehabisan tyre points

Formula De' : The race leader

Formula De' : Crowded corner

Formula De' : Team yellow is applying the blocking strategy

Long Shot : Horse 6 leads

Long Shot :

Long Shot :

Long Shot : En Rais heran kenapa kudanya tak bergerak

Long Shot : Towards end game
Blog Widget by LinkWithin