Wednesday, November 10, 2010

Game Night 34

Lokasi - Changlun
Masa : 10.00 malam
Hari : Rabu (10 November 2010)

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama menyepi Grand Prix Formula De' bermula dengan musim yang baru. Pada musim sebelumnya dimenangi oleh Zukuwwan daripada pasukan Hijau dan pasukan Hijau yang terdiri daripada Zukuwwan dan En Rais menjadi juara keseluruhan untuk pasukan.

Kali ini Zukuwwan dan En. Rais masing-masing mengemudikan pasukan sendiri di mana Zukuwwan masih lagi bersama pasukan Hijau manakala En Rais telah berpindah kepada pasukan Kuning. Line up untuk pasukan lain adalah sama di mana Isa pasukan Biru, Asif pasukan Merah dan Shanizan pasukan Putih.

Walaupun setiap pasukan telah ditentukan tetapi masih terdapat ruang untuk pemain baru yang berminat untuk menyertai Grand Prix Formula De' ini. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi pihak penganjur untuk maklumat lanjut. Tiada yuran dikenakan tetapi makan dan minum bayar sendiri la...

Starting grid

Towards the first corner

Untuk perlumbaan pertama ialah litar Porto (unofficial track). Dalam perlumbaan ini Zukuwwan mendahului pole position diikuti oleh Isa dan Asif. Walaupun mendapat pole position, Zukuwwan tidak berjaya menggunakan advantage tersebut kerana keretanya stalled dan menjadikan ianya ditinggalkan dan Isa menjadi race leader.

Di dalam lap yang pertama terdapat dua kereta DNF awal iaitu daripada pasukan Merah dan pasukan Hijau. Ini menjadikan wakil daripada pasukan Merah dan Hijau menjadi satu untuk perlumbaan ini. Di dalam lap yang pertama Isa menjadi race leader dengan meninggalkan pelumba lain.

Race leader in action

Di dalam lap yang kedua, Isa telah dipintas oleh Zukuwwan yang tidak menggunakan pit strategy. Strategi ini agak berisiko kerana keadaan kereta Zukuwwan tidak berada pada tahap maksimum. Dalam 2 corner yang terakhir kedudukan race leader telah bertukar kembali kepada Isa dan Isa telah berjaya memenangi perlumbaan ini. Podium untuk perlumbaan ini diperolehi oleh Isa (1st car), Zukuwwan, Isa (2nd car).

Kedudukan seterusnya diperloehi oleh En Rais (1st car), En Rais (2nd car), Shanizan (1st car). Wakil daripada pasukan Merah tidak dapat menamatkan perlumbaan apabila 2nd car-nya telah berlanggar dengan 2nd car pasukan Putih menyebabkan kedua-duanya DNF.

En. Rais still in the race even though his cars are badly damage

Isa catching up with the current race leader

Setelah selesai dengan sesi Formula De', pertarungan Cyclades dimulakan. Oleh kerana dendam lama masih belum selesai, Fauzi bertubi-tubi menyerang Zukuwwan. Keadaan ini membolehkan En. Rais secara diam-diam membina Metropolis yang pertama dengan mengumpul 4 orang korek hidung. Menyedari keadaan ini Zukuwwan bertindak untuk mempercepatkan projek meganya. Akhirnya beliau berjaya membina Metropolis yang pertama diikuti oleh Fauzi.

Shanizan and Fauzi : Starting setup

Zukuwwan still reading the rules.

Peperangan yang belum selesai di antara Zukuwwan dan Fauzi berterusan sehingga Fauzi berjaya memperolehi Metropolis yang kedua setelah menjajah pulau Metropolis Zukuwwan dan ini membolehkan game end. Walaubagaimanapun Shanizan juga telah berjaya membina 2 Metropolis serentak dengan melengkapkan 4 bangunan dan menggunakan Satyr untuk mencuri orang korek hidung daripada Fauzi. Keadaan ini menjadikan kedudukan seri di antara Shanizan dan Fauzi. Oleh kerana bilangan GP Shanizan lebih banyak berbanding Fauzi maka Shanizan dinobatkan pemenang untuk kali ini. Isa yang hilang fokus tidak dapat menggunakan mind controlnya untuk menghasut pemain lain mengikut telunjuknya. Oleh itu beliau tidak berjaya untuk menghalang Shanizan dan Fauzi untuk menamatkan permainan.

Unleash "Paul" the Kraken

Sesi yang terakhir; Citadels. Zukuwwan yang masih noob dalam boardgame ini. Versi kali ini Wizard dan Abbot dipilih untuk menggantikan Magician dan Bishop. Pertarungan mengambil masa hampir sejam sebelum En Rais berjaya menamatkan permainan dengan menjadi pemain yang pertama membina 8 district. En. Rais muncul juara diikuti Zukuwwan dan Isa. Shanizan dan Fauzi seri di tempat terakhir.

Citadels : Game setup

First round in Citadels

Have a break; Nasi lemak sebungkus...

Sesi kali ini tamat pada pukul 2.15 pagi. Sekian, Wassalam...

Wednesday, August 4, 2010

Game Night 33

Lokasi - Changlun
Masa : 9.30 malam
Hari : Rabu (4 Ogos 2010)

Assalamualaikum...

Malam ini lokasi untuk game night telah diubah di Teratak Bangaun Putih kerana Y-Knot Cafe tidak dibuka. Sebenarnya lokasi ini adalah tidak berapa sesuai kerana harga makanan dan minuman yang agak mahal tetapi tidak berapa sedap. Oleh kerana ianya beroperasi sehingga lewat pagi maka ianya terpaksa juga diadakan di lokasi ini.

Wasabi! vs Nasi Lemak

Pie dan Lan

Penyertaan pada malam ini agak menggalakkan dengan kehadiran 5 pelajar untuk memulakan cabaran Formula De'. Wasabi menjadi boardgame pertama menjadi santapan sementara menunggu pemandu-pemandu lain hadir.


Majoriti ahli Formula De' telah tiba

Cabaran Lan dan rakan-rakan diakhiri dengan kekalahan kerana kurangnya pengalaman untuk merangka strategi dalam boardgame ini. Shanizan dengan mudah menewaskan 3 pemain lain sebarang cabaran yang sengit.


Starting grid

Kedudukan pada selekoh pertama Lap 1

Aksi Formula De' diteruskan sejurus setelah Wasabi dibungkus. Dalam sesi kali ini litar Hockenheim merupakan cabaran pemandu. Starting Grid dikuasai oleh Isa diikuti oleh Amal, Asif, Om, Zukuwwan, Pie (substitute driver untuk En. Rais), Lan, wakil untuk Am, Shanizan dan Rommel. Permulaan untuk semua pasukan bermula agak baik kecuali untuk pasukan hijau di mana Pie telah Stalled; dikhuatiri kerana asyik merenung gadis litar.


Kelompok kedua di selekoh pertama Lap 1

Selekoh ketiga lap pertama

Selesai Lap pertama; Asif masih di hadapan dengan pit stop

Asif bermula dengan baik untuk permulaan Lap pertama; dikejar rapat oleh Amal, Isa dan Zukuwwan. Rommel yang bermula di posisi terakhir pada starting grid pula terpaksa menamatkan perlumbaan dengan lebih awal kerana terlibat dengan kemalangan pada selekoh ketiga dalam Lap pertama.

Pemandu-pemandu mula berdiri; Perlumbaan menjadi semakin serius

Perebutan pit stop

Dengan ketiadaan Rommel dalam litar maka pemandu-pemandu lain merasa lebih selamat dan yakin untuk menamatkan perlumbaan. Asif yang mendahului perlumbaan pada Lap pertama masih lagi menjadi race leader untuk Lap kedua walaupun sekali-sekala cuba dipintas oleh Isa, Zukuwwan dan Amal. Lan yang berada di kelompok tengah pula cuba memberi saingan dengan pemanduan yang agak liar untuk memperolehi kedudukan yang lebih baik dalam perlumbaan.

Lokasi di mana kawasan kemalangan berlaku

Kereta Lan spin!

Hasil daripada pemanduan yang tidak berhati-hati menyebabkan Lan spin pada beberapa selekoh akhir untuk chequered flag. Hasilnya beberapa kereta lain telah memperolehi peluang untuk mengejar Lan terutamanya Pie, wakil untuk Am dan Shanizan yang berada di kelompok terakhir.

Kedudukan akhir perlumbaan

Asif telah berjaya menawan litar Hockenheim dengan memperolehi kedudukan pertama, diikuti Zukuwwan, Amal, Om, Isa, wakil Am, Pie, Lan, Shanizan. Rommel mendapat tempat terakhir dengan status DNF.

Isa sedang review rules

Game setup

Oleh kerana terlalu letih berlumba; semua pemain tidak dapat menumpukan fikiran untuk meneruskan aktiviti dengan boardgame yang seterusnya. Hanya Isa dan Shanizan sahaja bersetuju untuk meneruskan saingan dengan Through The Ages. Ini adalah kali pertama board game ini dimainkan dengan 2 pemain.

Isa in action

Board civilization Shanizan

Towards end game

Oleh kerana terlalu mengantuk; Isa telah berjaya ditewaskan oleh Shanizan dengan 65 mata berbalas 55. Through The Ages merupakan boardgame terakhir untuk malam ini. Untuk minggu hadapan kemungkinan board game night akan diadakan pada malam Isnin pukul 11.00 malam; selepas menunaikan solat terawih. Semua dijemput hadir ke lokasi board game night di Teratak Bangau Putih, Taman Teja.

Wassalam...

Wednesday, July 14, 2010

Game Night 32

Lokasi - Changlun
Masa : 9.30 malam
Hari : Rabu (14 Julai 2010)

Assalamualaikum...

Malam ini merupakan antara malam yang paling menyedihkan dalam sesi boardgaming di Changlun. Ini disebabkan hanya 4 pemain sahaja yang dapat menghadirkan diri setelah beberapa pemain terpaksa mencari alasan untuk tidak hadir. Am masih lagi di Russia dengan misi James Bondnya.

Hadiah untuk tempat pertama

Zukuwwan tengah warming up

Sesi Grand Prix Formula De' untuk Race Day 5 terpaksa ditangguhkan kerana tidak kebanyakan pemain utama telah ponteng. Oleh itu At the Gates of Loyang dimainkan di mana ianya merupakan antara game yang agak popular kebelakangan ini untuk komuniti ini sahaja. Pusingan kali ini mengambil masa yang agak lama kerana Lan tidak pernah memainkan board game ini manakala Adlee telah lama menyepi; perlu masa untuk total recall.


Zukuwwan setelah selesai warming up dan bersedia untuk memulakan cabaran At the Gates of Loyang

Shanizan dan Lan memulakan turn masing-masing


Dengan ketiadaan saingan yang hebat daripada pemain regular; Zukuwwan telah bermaharajalela dengan memenangi board game ini. Adlee pula tidak dapat memberi saingan kerana kehilangan fokus dengan beberapa panggilan m-isteri.

Zukuwwan memulakan pusingan bersama Adlee untuk pusingan 3

Adlee : Now Loading...

Board Shanizan dalam pusingan 7.

Board Games kedua : Puerto Rico diperkenalkan kepada Lan. Board game ini merupakan antara favourite dalam komuniti ini dan ianya merupakan board game yang merangkul ranking pertama buat masa ini. Lan yang masih lagi dalam kategori Noob terpaksa akur dengan pengalaman yang ada pada Shanizan dan Zukuwwan. Shanizan berjaya merangkul kemenangan dengan 70 mata diikuti dengan 51 oleh Zukuwwan. Lan hanya berjaya mencapai 40 mata; mata yang agak baik untuk Noob.

Beberapa pusingan awal untuk Puerto Rico

Zukuwwan sedang merangka strategi

Production time...

Pusingan terakhir

End Game : Board Shanizan (70 Vp)

Dengan hanya 3 pemain sahaja maka sesi ini terpaksa ditamatkan dengan lebih awal. Saksikan aksi pada minggu hadapan dengan Race Day 5. Bagi sesiapa yang berminat; bolehlah menghubungi penganjur untuk menyertainya.

Wassalam...

Sunday, July 11, 2010

Game Night 31 - Race Day 4

Lokasi - Changlun
Masa : 9.30 malam
Hari : Rabu (7 Julai 2010)

Assalamualaikum...

Malam ini merupakan malam yang bersejarah untuk Changlun Boardgamers apabila salah seorang daripada ahlinya terpaksa digugurkan kerana berpindah. Rommel telah dipindahkan ke cawangan Pulau Pinang dengan Free Transfer. Walaubagaimanapun komuniti Changlun Boardgamers mengucapkan jutaan terima kasih kerana komitmen dan penglibatan Rommel dalam aktiviti ini selama lebih kurang 1 tahun. Am pula tidak dapat menghadirkan diri dan keretanya akan dipandu oleh Lan yang telah kembali memberikan cabaran setelah puas berehat dalam cuti semester. Secara tidak langsung Lan telah diserap ke dalam pasukan merah. Ini menjadikan hanya terdapat dua pasukan yang mempunyai satu pemandu. Penyertaan masih terbuka untuk sesiapa yang berminat.

Isa menerangkan rules untuk Red November pada Asif

Setting up the game

Red November diperkenalkan buat pertama kalinya dalam sesi Game Night sementara menantikan kehadiran pemain lain. Board Game ini dimiliki oleh Isa dan boleh dimainkan antara 3-8 pemain. Isa sebagai game owner memberi brief instruction sebelum memulakan permainan dengan Shanizan, Zukuwwan dan Asif yang akan cuba menyelamatkan diri masing-masing sebelum dibaham oleh Kraken atau lemas di lautan.

Selang beberapa minit selepas memulakan Red November

Isa cuba memadamkan api di engine room

Krisis semakin memuncak, masa yang tinggal semakin sedikit...

Selepas itu sesi Formula De' terus dimulakan setelah beberapa pemain utama hadir. Untuk malam ini Grand Prix Formula De' dimulakan dengan Race Day 4 : Litar Monaco. Litar Monaco merupakan salah satu litar yang paling sukar dalam venue perlumbaan ini kerana mempunyai sebilangan corner yang mencabar skil mental dan fizikal pemandu.

Klasifikasi race litar Monaco (Sisi)

Klasifikasi race litar Monaco (Hadapan)

Dua kelompok telah terbentuk seawal perlumbaan

Untuk memulakan sesi kali ini, pusingan mencari pole position dimulakan dan Isa menjadi pelumba pertama menentukan kedudukan. Untuk klasifikasi perlumbaan pada malam ini didahului oleh Isa, Shanizan2, Rommel, Am, Zukuwwan, Asif2, Asif, Shanizan, En. Rais dan Lan.

Litar Monaco merupakan antara litar yang paling sukar dalam cabaran Grand Prix Formula De' kerana bilangan corner yang agak banyak. Oleh itu dikhuatiri akan ada beberapa pemandu yang tidak akan menamatkan perlumbaan.

Corner sempit; kereta banyak...

Dalam beberapa corner yang awal, kedudukan perlumbaan dikuasai sepenuhnya oleh Isa, Rommel dan Isa serta diekori rapat oleh kedua-dua kereta dari pasukan putih dan Zukuwwan. Lan yang telah lama bercuti masih terkial-kial mencari rentak untuk mengukuhkan kedudukannya di posisi yang lebih baik dalam perlumbaan.

Blocking strategy?

Isa dalam planning phase

Asif mendahului pelumba lain

Ketibaan Adlee telah memeriahkan suasana perlumbaan. Adlee yang merupakan veteren dalam komuniti Changlun Boardgamers hadir untuk menyertai board games selain menonton semi final Piala Dunia 2010 antara Germany dan Spain bersama rakan-rakan.

Dari kiri : Rommel (dalam kenangan), Adlee dan Shanizan

Di dalam lap yang kedua, Asif, Zukuwwan dan Lan telah berjaya memintas race leader. Lan telah meninggalkan kereta yang lain dengan jarak yang agak jauh kerana tidak memasuki pit diikuti dengan Zukuwwan. Shanizan dan Isa terpaksa mengekori dalam posisi keempat di belakang Asif. Oleh kerana beberapa kereta yang kerap membuat blocking strategy maka En. Rais dan Isa telah terkeluar dari perlumbaan selang beberapa corner dalam lap yang kedua. Asif pula terpaksa pulang dengan tangan kosong apabila kedua-dua keretanya terkeluar dari perlumbaan; satu terbabas kerana spin kali kedua dan satu lagi terlanggar kulit durian di atas litar.

Kedudukan terakhir pelumba

Di akhir perlumbaan, Lan telah berjaya mendapatkan tempat pertama pada podium diikuti Zukuwaan dan Shanizan. Tempat keempat Shanizan2 diikuti Rommel dan Am. Hanya enam posisi dapat diisi untuk sesi kali ini kerana 4 buah kereta tidak dapat menamatkan perlumbaan.

Starting Citadels

1st round

Towards the end of the game

En. Rais (smoking guy) declare the end of the game and snatch the victory from Isa

Setelah selesai Formula De', Citadels sekali lagi dipilih sebagai desert kerana para pemain perlu pulang awal untuk menonton aksi piala dunia di mana penentuan tempat ke final akan berlangsung antara Germany dan Spain. Dalam pusingan pantas ini, En. Rais berjaya mencuri kemenangan daripada Isa dengan hanya memintas dengan satu mata sahaja. Setelah selesai dengan Citadels para pemain menyerbu ke rumah Zukuwwan untuk menonton siaran langsung World Cup 2010.

Semi Final WORLD CUP 2010 : Germany VS Spain in HD (courtesy of Zukuwwan)

Sekian untuk sesi kali ini, nantikan aksi minggu hadapan dengan Race Day 5.

Wassalam...
Blog Widget by LinkWithin