Wednesday, May 20, 2009

Game Night 15

Lokasi - Changlun
Masa : 9.30 malam
Hari : Rabu (20 Mei 2009)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, pada sesi kali ini 7 pemain berjaya menghadirkan diri. Setelah lama sekian lama menunggu kelulusan lesen keluar malam, akhirnya penantian tersebut membuahkan hasil kepada Zukuwwan kerana berjaya menghadirkan diri untuk sesi ini. Oleh kerana pemain hadir pada sela masa yang berbeza maka 6 Nimmt! dipilih sebagai boardgame yang pertama (appetizer) untuk dimainkan.

Isa dan Asif - working on their winning pose

Zukuwwan - Now Loading...


Hanya 2 pusingan dimainkan untuk 6 Nimmt! juga dikenali sebagai Take 6!. Ini disebabkan para pemain tidak sabar untuk memulakan main course pada malam ini iaitu Battlestar Galactica. Setelah human player tewas pada sesi sebelumnya, mereka mengharapkan sesi kali ini akan memihak kepada mereka kerana semua rules telah difahami dengan jelas.

Zukuwwan cuba menghapuskan Raiders dengan Viper yang diterbangkannya


Cylon player sekali lagi berjaya menghalang human player daripada mencapai objektifnya tetapi ada peningkatan kepada human player kerana mereka hanya perlu 2 step sahaja lagi untuk Auto Jump dan memenangi perlawanan. Asif antara pemain yang paling kecewa kerana beliau begitu komited untuk memastikan kemenangan di pihak human player tetapi masih gagal dalam memimpin rakan-rakan lain menuju kejayaan.

Adlee rileks kerana tidak ada gunfighter yang berani menembaknya


Oleh kerana terlalu letih berfikir dalam Battlestar Galactica, para pemain mahukan board game yang agak ringan untuk cool down. Oleh itu Make You Gunfighter dipilih untuk dimainkan. 2 pusingan dimainkan di mana Adlee dan Asif menjadi juara untuk satu-satu pusingan. Zukuwwan terpaksa mengundur diri kerana telah lewat.

Agricola - game startup


Untuk menutup sesi kali ini Agricola dimainkan. Asif hanya menjadi observer kerana masih lagi terlalu letih kerana menerbangkan Viper dalam Battlestar Galactica. Hanya Isa, Adlee, Fauzi, Nazli dan aku yang masih bertahan dan meneruskan cabaran. Buat pertama kalinya Nazli berjaya memenangi Agricola dengan 32 mata. Isa yang merupakan pemain baru mengumpul 20 mata, 1 mata di belakang Fauzi yang merupakan seorang pemain Veteran.

Agricola - end game

Aku sedang mengira markah Adlee


Sesi kali ini ditamatkan pada jam 2.30 pagi. Semoga jumpa lagi di minggu hadapan...

Wassalam...

Thursday, May 14, 2009

Game Night 14

Lokasi - Changlun
Masa : 9.00 malam
Hari : Rabu (13 Mei 2009)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, walaupun terpaksa mula lewat atas beberapa masalah teknikal tetapi kehadiran kali ini agak memberansangkan dengan 7 pemain. Kali ini En. Rais muncul sebagai pemain/observer dan Amran pula sebagai observer. Oleh kerana pemain hadir pada sela masa yang berbeza maka 6 Nimmt! dipilih sebagai boardgame yang pertama untuk dimainkan.


6 Nimmt! - Isa kelihatan begitu serius dan fokus untuk menang


6 Nimmt! berada dalam kategori kad di mana para pemain diberi 10 kad pada awal permainan dan cuba untuk meletakkan kad tersebut pada ruang permainan dan memastikan perletakkan tersebut tidak mengambil kad yang mempunyai markah yang tinggi. Pemain yang memperoleh markah terendah menjadi pemenang setelah salah seorang pemain mendapat 66 markah dan ke atas. Boardgame ini sesuai dimainkan 2-10 pemain dan antara fast-paced game yang baru dimiliki.

Battlestar Galactica Setup - Isa shuffles crisis card


Setelah selesai 2 pusingan 6 Nimmt!, Battlestar Galactica dipilih untuk dimainkan. Boardgame ini merupakan semi-cooperative deductive game di mana sesuai dimainkan antara 3-6 pemain. Para pemain akan mewakili pasukan manusia di mana berada dalam krisis serangan Cylon dan perlu mencari outpost yang terdekat sebelum tiba di bumi. Oleh itu kerjasama adalah penting dalam memastikan pasukan ini berjaya sampai ke destinasi tersebut sebelum sumber-sumber Galactica habis (minyak, populasi, morale dan makanan) tetapi bagaimanakah mereka perlu bekerjasama sekiranya ada di antara mereka merupakan agen Cylon? Keadaan inilah yang menjadikan boardgame ini menarik di mana para pemain tidak tahu siapakah agen Cylon yang menikam mereka daripada belakang. Oleh itu skill deduksi adalah penting untuk meneka siapakah antara pemain yang kurang memberi sumbangan terhadap kemenangan pemain lain.

Nazli sedang menghapuskan Raider dengan Viper yang dikemudi olehnya


Boardgame ini adalah antara yang popular pada masa kini. Dalam pusingan ketiga ini, En Rais memilih untuk menjadi observer walaupun didesak untuk menjadi pemain. Oleh kerana baru dimainkan maka pergerakan permainan agak lambat kerana pemain masih belajar membiasakan diri mereka terhadap tindakan yang boleh dilaksanakan oleh agen Cylon dan bukan agen Cylon. Dalam pusingan ini Cylon berjaya menggagalkan rancangan manusia di mana Centurion berjaya memasuki Galactica.

We are the Cylons...


Make You Gunfighter dipilih untuk dimainkan dalam pusingan keempat. Untuk cool off tension daripada Battlestar Galactica yang mengambil masa 2 jam untuk dihabiskan. Oleh kerana Pun the Veteran Beginner masih baru dalam permainan ini makan 2 pusingan dimainkan untuk membiasakan dirinya dengan mekanik permainan. Walaupun bermain 2 pusingan, Pun the VB masih tetap menjadi sasaran utama di mana beliau menjadi pemain pertama terkeluar.

Make You Gunfighter - Setup


Nazli konfiden untuk menang


Agricola dipilih sebagai boardgame terakhir untuk sesi kali ini. Isa menjadi observer kerana beliau masih lagi baru dalam boardgame ini. Oleh kerana kebanyakan pemain terlalu mengantuk maka Pun the VB dan Adlee berkongsi kemenangan kerana mendapat mata yang sama. Walaupun Pun the VB menjadi juara bersama, tetapi aku membuat bantahan kerana dikhuatiri kambing biri-biri Pun the VB breed dua kali :)...

Agricola setup - Oleh kerana semua pemain sudah mengantuk maka hanya gambar board sahaja yang fotogenik yang lain semuanya macam keliwon.


Sesi kali ini ditamatkan pada pukul 2.45 pagi. Terima kasih kepada semua yang hadir.

Wassalam...

Wednesday, May 13, 2009

Game Night 13

Lokasi - Changlun
Masa : 9.00 malam
Hari : Rabu (6 Mei 2009)

Assalamualaikum...

Untuk pertama kalinya 7 pemain menghadiri sesi kali ini. Jadi beberapa boardgame yang dirancang untuk dimainkan pada malam ini terpaksa dibatalkan. Isa membuat penampilan sulung sebagai pemain baru. Tahniah dan terima kasih kerana berjaya hadir...

TI3 Setup - Fauzi (Blank Mode)


Setelah merasakan para pemain bersedia untuk cabaran yang lebih hebat, Twilight Imperium 3rd Edition dipilih sebagai boardgame pertama untuk dimainkan pada sesi kali ini. Had permainan TI3 adalah 6 pemain menjadikan aku sebagai game master dan disingkirkan daripada permainan.

Adlee (hitam) tersenyum kerana beliau berjaya menggagalkan serangan pemain kuning


TI3 merupakan sebuah boardgame pembinaan empayar angkasa lepas di mana para pemain akan berlumba untuk mendapatkan takhta imperial dengan menggunakan pelbagai strategi seperti diplomasi, perkembangan teknologi, peperangan dan sebagainya. Setiap pemain akan mewakili suatu bangsa yang mempunyai keupayaan unik tersendiri dan membolehkan mereka merancang untuk fokus pada strategi yang mana untuk menang.

Aku cuba menghasut pemain kuning untuk menyerang Adlee (hitam)


Boardgame ini merupakan yang pertama yang dimiliki dan ianya tidak dimainkan lebih dari setahun kerana kurangnya pemain yang bersedia menerima peraturan permainan yang agak kompleks. Oleh itu aku merasakan mungkin sekarang merupakan masa yang sesuai untuk dimainkan kembali.

Nazli (ungu) cuba untuk menambahkan fleetnya sebagai pertahanan daripada serangan Adlee


Perjalanan permainan adalah terlalu lambat kerana pemain bermain dengan berhati-hati di mana mereka hanya menumpukan fleet untuk pertahanan semata-mata dan kurangnya serangan nekad antara pemain. Cuma pemain kuning sahaja yang berani untuk menyerang pemain hitam. Itupun disebabkan aku menjadi punahsihat kepada pemain kuning untuk berbuat demikian. Jika tidak kemungkinan board ini akan dipenuhi dengan fleet dan ground force tanpa sebarang peperangan yang serius.

Isa cuba menambahkah perit pemain kuning setelah tewas teruk dengan Adlee dengan mengambil semua tanah jajahannya di sebelah kanan


Setelah 2 jam setengah bermain TI3 dan para pemain menyerah kerana perjalanan permainan terlalu lambat. Ini disebabkan dalam sela masa berkenaan hanya 3 pusingan sahaja berjaya dimainkan. Kecewa dengan masa yang terbuang, para pemain menyalahkan boardgame ini kerana terlalu time consuming tetapi selaku game master aku menyalahkan pemain kembali kerana mereka terlalu noob untuk membuat keputusan di mana menjadikan pergerakan pusingan agak lambat. Walaupun ketiadaan Pun The Veteran Beginner, TI3 mendapat rungutan para pemain, jika adanya Pun the VB, tak taulah berapa lama boleh habis.

Fauzi cuba meramal kad Nazli


Oleh kerana kesuntukan masa untuk mengeluarkan boardgame yang lain maka Make You Gunfighter dipilih untuk dimainkan. Konsep boardgame ini adalah lebih kurang sama dengan Bang! tetapi mekanik permainan yang digunakan berbeza iaitu semua pemain cuba menjadi last man standing atau mendapat bounty tertinggi untuk menang.

Asif gembira kerana berjaya menembak gunfighter dan mendapat 2 bounty coins


Setiap pemain diberi 5 gunfighter yang akan bersembunyi di kawasan tertentu. Tindakan yang boleh diambil oleh pemain ialah sama ada menukar lokasi 1 gunfighter untuk bersembunyi atau untuk menyerang pemain lain pada pusingan seterusnya, menembak pemain lain dengan gunfighter yang dimiliki atau membeli story card.

Nazli tersenyum kerana berjaya menamatkan pasukan Isa


Boardgame ini adalah antara yang digemari oleh pemain baru dalam kumpulan ini kerana ianya fast-paced, simple rule dan kelakar. Salah satu elemen yang tidak digemari ialah termination of the player menjadikan pemain yang sudah tewas perlu menunggu untuk game end.

Sesi kali ini ditamatkan pada pukul 2.00 pagi di mana melampui masa jangkaan yang aku berikan pada Isa :)... Sekian untuk kali ini.

Wassalam...
Blog Widget by LinkWithin