Thursday, May 14, 2009

Game Night 14

Lokasi - Changlun
Masa : 9.00 malam
Hari : Rabu (13 Mei 2009)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, walaupun terpaksa mula lewat atas beberapa masalah teknikal tetapi kehadiran kali ini agak memberansangkan dengan 7 pemain. Kali ini En. Rais muncul sebagai pemain/observer dan Amran pula sebagai observer. Oleh kerana pemain hadir pada sela masa yang berbeza maka 6 Nimmt! dipilih sebagai boardgame yang pertama untuk dimainkan.


6 Nimmt! - Isa kelihatan begitu serius dan fokus untuk menang


6 Nimmt! berada dalam kategori kad di mana para pemain diberi 10 kad pada awal permainan dan cuba untuk meletakkan kad tersebut pada ruang permainan dan memastikan perletakkan tersebut tidak mengambil kad yang mempunyai markah yang tinggi. Pemain yang memperoleh markah terendah menjadi pemenang setelah salah seorang pemain mendapat 66 markah dan ke atas. Boardgame ini sesuai dimainkan 2-10 pemain dan antara fast-paced game yang baru dimiliki.

Battlestar Galactica Setup - Isa shuffles crisis card


Setelah selesai 2 pusingan 6 Nimmt!, Battlestar Galactica dipilih untuk dimainkan. Boardgame ini merupakan semi-cooperative deductive game di mana sesuai dimainkan antara 3-6 pemain. Para pemain akan mewakili pasukan manusia di mana berada dalam krisis serangan Cylon dan perlu mencari outpost yang terdekat sebelum tiba di bumi. Oleh itu kerjasama adalah penting dalam memastikan pasukan ini berjaya sampai ke destinasi tersebut sebelum sumber-sumber Galactica habis (minyak, populasi, morale dan makanan) tetapi bagaimanakah mereka perlu bekerjasama sekiranya ada di antara mereka merupakan agen Cylon? Keadaan inilah yang menjadikan boardgame ini menarik di mana para pemain tidak tahu siapakah agen Cylon yang menikam mereka daripada belakang. Oleh itu skill deduksi adalah penting untuk meneka siapakah antara pemain yang kurang memberi sumbangan terhadap kemenangan pemain lain.

Nazli sedang menghapuskan Raider dengan Viper yang dikemudi olehnya


Boardgame ini adalah antara yang popular pada masa kini. Dalam pusingan ketiga ini, En Rais memilih untuk menjadi observer walaupun didesak untuk menjadi pemain. Oleh kerana baru dimainkan maka pergerakan permainan agak lambat kerana pemain masih belajar membiasakan diri mereka terhadap tindakan yang boleh dilaksanakan oleh agen Cylon dan bukan agen Cylon. Dalam pusingan ini Cylon berjaya menggagalkan rancangan manusia di mana Centurion berjaya memasuki Galactica.

We are the Cylons...


Make You Gunfighter dipilih untuk dimainkan dalam pusingan keempat. Untuk cool off tension daripada Battlestar Galactica yang mengambil masa 2 jam untuk dihabiskan. Oleh kerana Pun the Veteran Beginner masih baru dalam permainan ini makan 2 pusingan dimainkan untuk membiasakan dirinya dengan mekanik permainan. Walaupun bermain 2 pusingan, Pun the VB masih tetap menjadi sasaran utama di mana beliau menjadi pemain pertama terkeluar.

Make You Gunfighter - Setup


Nazli konfiden untuk menang


Agricola dipilih sebagai boardgame terakhir untuk sesi kali ini. Isa menjadi observer kerana beliau masih lagi baru dalam boardgame ini. Oleh kerana kebanyakan pemain terlalu mengantuk maka Pun the VB dan Adlee berkongsi kemenangan kerana mendapat mata yang sama. Walaupun Pun the VB menjadi juara bersama, tetapi aku membuat bantahan kerana dikhuatiri kambing biri-biri Pun the VB breed dua kali :)...

Agricola setup - Oleh kerana semua pemain sudah mengantuk maka hanya gambar board sahaja yang fotogenik yang lain semuanya macam keliwon.


Sesi kali ini ditamatkan pada pukul 2.45 pagi. Terima kasih kepada semua yang hadir.

Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin