Wednesday, August 4, 2010

Game Night 33

Lokasi - Changlun
Masa : 9.30 malam
Hari : Rabu (4 Ogos 2010)

Assalamualaikum...

Malam ini lokasi untuk game night telah diubah di Teratak Bangaun Putih kerana Y-Knot Cafe tidak dibuka. Sebenarnya lokasi ini adalah tidak berapa sesuai kerana harga makanan dan minuman yang agak mahal tetapi tidak berapa sedap. Oleh kerana ianya beroperasi sehingga lewat pagi maka ianya terpaksa juga diadakan di lokasi ini.

Wasabi! vs Nasi Lemak

Pie dan Lan

Penyertaan pada malam ini agak menggalakkan dengan kehadiran 5 pelajar untuk memulakan cabaran Formula De'. Wasabi menjadi boardgame pertama menjadi santapan sementara menunggu pemandu-pemandu lain hadir.


Majoriti ahli Formula De' telah tiba

Cabaran Lan dan rakan-rakan diakhiri dengan kekalahan kerana kurangnya pengalaman untuk merangka strategi dalam boardgame ini. Shanizan dengan mudah menewaskan 3 pemain lain sebarang cabaran yang sengit.


Starting grid

Kedudukan pada selekoh pertama Lap 1

Aksi Formula De' diteruskan sejurus setelah Wasabi dibungkus. Dalam sesi kali ini litar Hockenheim merupakan cabaran pemandu. Starting Grid dikuasai oleh Isa diikuti oleh Amal, Asif, Om, Zukuwwan, Pie (substitute driver untuk En. Rais), Lan, wakil untuk Am, Shanizan dan Rommel. Permulaan untuk semua pasukan bermula agak baik kecuali untuk pasukan hijau di mana Pie telah Stalled; dikhuatiri kerana asyik merenung gadis litar.


Kelompok kedua di selekoh pertama Lap 1

Selekoh ketiga lap pertama

Selesai Lap pertama; Asif masih di hadapan dengan pit stop

Asif bermula dengan baik untuk permulaan Lap pertama; dikejar rapat oleh Amal, Isa dan Zukuwwan. Rommel yang bermula di posisi terakhir pada starting grid pula terpaksa menamatkan perlumbaan dengan lebih awal kerana terlibat dengan kemalangan pada selekoh ketiga dalam Lap pertama.

Pemandu-pemandu mula berdiri; Perlumbaan menjadi semakin serius

Perebutan pit stop

Dengan ketiadaan Rommel dalam litar maka pemandu-pemandu lain merasa lebih selamat dan yakin untuk menamatkan perlumbaan. Asif yang mendahului perlumbaan pada Lap pertama masih lagi menjadi race leader untuk Lap kedua walaupun sekali-sekala cuba dipintas oleh Isa, Zukuwwan dan Amal. Lan yang berada di kelompok tengah pula cuba memberi saingan dengan pemanduan yang agak liar untuk memperolehi kedudukan yang lebih baik dalam perlumbaan.

Lokasi di mana kawasan kemalangan berlaku

Kereta Lan spin!

Hasil daripada pemanduan yang tidak berhati-hati menyebabkan Lan spin pada beberapa selekoh akhir untuk chequered flag. Hasilnya beberapa kereta lain telah memperolehi peluang untuk mengejar Lan terutamanya Pie, wakil untuk Am dan Shanizan yang berada di kelompok terakhir.

Kedudukan akhir perlumbaan

Asif telah berjaya menawan litar Hockenheim dengan memperolehi kedudukan pertama, diikuti Zukuwwan, Amal, Om, Isa, wakil Am, Pie, Lan, Shanizan. Rommel mendapat tempat terakhir dengan status DNF.

Isa sedang review rules

Game setup

Oleh kerana terlalu letih berlumba; semua pemain tidak dapat menumpukan fikiran untuk meneruskan aktiviti dengan boardgame yang seterusnya. Hanya Isa dan Shanizan sahaja bersetuju untuk meneruskan saingan dengan Through The Ages. Ini adalah kali pertama board game ini dimainkan dengan 2 pemain.

Isa in action

Board civilization Shanizan

Towards end game

Oleh kerana terlalu mengantuk; Isa telah berjaya ditewaskan oleh Shanizan dengan 65 mata berbalas 55. Through The Ages merupakan boardgame terakhir untuk malam ini. Untuk minggu hadapan kemungkinan board game night akan diadakan pada malam Isnin pukul 11.00 malam; selepas menunaikan solat terawih. Semua dijemput hadir ke lokasi board game night di Teratak Bangau Putih, Taman Teja.

Wassalam...
Blog Widget by LinkWithin