Wednesday, April 10, 2013

Gamenite 4 - 2013 : A Busy Week

Assalamualaikum...

Laporan kali ini adalah hasil gabungan daripada 2 sesi Gamenite yang dilaksanakan sepanjang minggu ini. Untuk sesi pertama, Puerto dan Le Havre dimainkan bersama Dr. Teh dan Isa. Asif tidak dapat menyertai sesi kali ini kerana bertugas di luar kawasan.

Puerto Rico, salah sebuah board game yang menjadi kegemaran kumpulan kami dipilih menjadi board game pembuka selera untuk malam ini. Untuk board game ini, setiap pemain merupakan pemilik ladang di Puerto Rico. Peranan setiap pemain ialah menguruskan perniagaannya dengan lebih baik berbanding pesaing di samping memajukan kawasan Puerto Rico untuk prestij. Ianya berkonsepkan Variable Phase Order di mana setiap pemain mempunyai peluang untuk memilih satu peranan untuk dilaksanakan pada setiap pusingan. Board game ini merupakan salah satu board game yang kurang menggunakan elemen chance. Oleh yang demikian, pemain perlu merangka strategi untuk menjadi pemenang.

Sesi pertama untuk minggu ini ditamatkan dengan Le Havre. Le Havre, sebuah lagi board game yang berkonsepkan Worker Placement yang dihasilkan oleh Uwe Rosenberg. Board game ini akan diulas pada sesi-sesi yang akan datang.

Pada sesi kedua minggu ini, hanya 2 pemain sahaja yang dapat hadir. Jadi hanya Jaipur dan Twilight Struggle dapat dimainkan kerana kedua-dua board game ini hanyalah untuk 2 pemain. Kebanyakan peminat board game kurang meminati board game yang berkapasiti 2 pemain kerana elemen interaksi untuk board game jenis ini adalah kurang berbanding board game yang berkapisiti tinggi. Pada mulanya, saya pun berpandangan sebegini, tetapi setelah mencuba Jaipur dan Twilight Struggle; saya rasa board game jenis ini ada daya tarikannya sendiri.

Kedua-dua sesi untuk minggu ini ditamatkan pada pukul 12++.

Sekian, wassalam...

Hidangan untuk malam ini

 Puerto Rico: pusingan awal

 Board game owner di pertengahan permainan

 Board pemenang

 Pemain-pemain yang tewas

 Pening?

 Clearing all the clay

 Pemenang...


Sesi Kedua
 Hidangan untuk malam ini; tapi Ghost Stories tak sempat main

 What's your strategy?

 Winning...

 Memilih headline untuk pusingan baru

Meanwhile... in Europe

Thursday, April 4, 2013

Game Nite 3 - 2013 : Rise of the Noobs

Assalamualaikum...

Secara tidak dijangka, sesi kali ini disertai beberapa pemain baru. Dr Teh yang sebelum ini merisik-risik aktiviti GameNite ini sejak tahun lepas, akhirnya berjaya juga menghadirkan diri. Selain itu, sesi kali ini disertai beberapa mahasiswa yang masih berada di UUM.

Untuk menghargai kehadiran pemain-pemain baru maka Stone Age dimainkan dan saya memilih untuk menjadi fasilitator sahaja untuk kali ini. Stone Age adalah salah satu board game yang menggunakan mekanisme permainan "worker placement". Setiap pemain mewakili ketua puak masing-masing dan dalam sesuatu pusingan, setiap pekerja akan ditugaskan dengan kerja-kerja tertentu sama ada membuat peralatan, mencari makanan, mencari kayu, emas, bata serta perak dan sebagainya. Pemenang akan ditentukan dengan mata prestasi puak yang diwakili oleh para pemain. 

Boardgame kedua yang dimainkan untuk sesi kali ini ialah Bang! Ini disebabkan kuantiti bilangan pemain untuk sesi kali ini agak besar dan terdapat ramai pemain baru. Jadi sukar untuk memulakan board game yang rumit kerana dikhuatiri akan mengambil masa yang agak lama. Bang! bercirikan elimination game di mana pemain yang kehabisan nyawa akan terkeluar daripada permainan.

Sesi kali ini ditamatkan dengan lebih awal iaitu pada 12.00 tengah malam. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir.

Noobs in training

Hisa wakil veteran untuk sesi kali ini

Dr Teh dalam dilema

Tangan yang menghasut...

Sesi menerangkan peraturan

Sheriff playing wells fargo

Slab the Killer - Sheriff? Biaq betui

First round - Sheriff shot the deputy, bombed the renegade but killed by the outlaws

Tuesday, April 2, 2013

Gamenite 2 - 2013 : Return of the Veterans

Assalamualaikum...

Sempena kehadiran ahli-ahli lama dalam Gamenite sesi kali ini, bolehlah beberapa board game lama yang kompleks serta melibatkan aktiviti pembuatan keputusan yang lebih aktif dipilih. Dengan adanya Isa, Asif, Nazli dan Zukuwwan maka Die Macher dipilih untuk dimainkan. Die Macher adalah sebuah board game berkaitan pilihanraya di Jerman. Setiap pemain mewakili satu parti politik dan untuk pilihanraya dalam 5 atau 7 kawasan.

Oleh kerana kekerapan bermain board game terlalu kurang, maka kami memilih untuk mengundi dalam 5 kawasan sahaja. Board game ini adalah salah satu board game yang dapat mewakilkan keseluruhan proses di dalam satu permainan yang tradisional. Dari polisi untuk setiap parti, populariti calon untuk setiap kawasan, peranan media, dan peranan shadow cabinet sehinggalah membuat pakatan antara parti. 

Malangnya hanya 2 pusingan sahaja dapat dimainkan dalam Die Macher kerana masa untuk menunggu setiap pemain melakukan tindakan terlalu lama dan ada pemain yang masih lagi tertanya-tanya apakah relevennya beberapa aktiviti yang dilibatkan dalam Die Macher. Walaubagaimanapun, di akhir pusingan kedua; jelas kelihatan semua pemain dapat memahami sedikit sebanyak perjalanan permainan Die Macher.

Puerto Rico menyusuli selepas Die Macher dan para pemain hanya memerlukan 1 jam sahaja untuk menamatkan board game ini kerana kesemua pemain merupakan veteran board gamer untuk board games SIG di Changlun ini. Isa dapat mencuri kemenangan untuk kali ini. Oleh kerana masa begitu suntuk, Saboteur menjadi dessert untuk sesi kali ini. Seperti biasa, Asif masih lagi gagal menjadi Saboteur untuk kali ini walaupun peluangnya adalah 1/3 dan bermain untuk 3 pusingan. Adakah ini merupakan salah satu bukti terdapatnya The Ultimate Outlier? Untuk sesi kali ini, Zukuwwan memenanginya dengan hanya 9 emas. Sesi kali ini tamat pada pukul 1.15 pagi. Terima kasih kepada semua yang hadir.


Asif dengan gembiranya membubarkan parlimen.



Public opinion polls dibida

Asif berjaya membuat pakatan dengan Isa


Setting untuk Puerto Rico

 
Khusyuk dengan strategi masing-masing

Starting governer (Zukuwwan) - Mayor? Biaq betui...

Crafts? Anybody?

Lagi 2 pusingan untuk tamat: Markah masih lagi belum kemaih


Board game terakhir sesi kali ini : SABOTEUR...

Tuesday, March 19, 2013

Game Nite 1 - 2013

Assalamualaikum...

Sesi kali 4 board games dapat dimainkan di mana 2 daripadanya adalah board games yang baru (The Resistance & A Touch of Evil - A Supernatural Game). Daripada kedua-dua board games baru ini beberapa mekanik permainan telah dikenalpasti. Alhamdulillah, telah muncul beberapa idea untuk hasilkan beberapa board games yang baru.

Gambar-gambar untuk sesi Gamenite 1 - 2013

Puerto Rico







The Resistance



A Touch of Evil - The Supernatural Game





 

Saboteur

 







Saturday, March 16, 2013

Board Games Activity 2013

Assalamualaikum...

Lokasi untuk Board Game Nite pada tahun ini telah diubah kepada Kedai Jaguh (Hadapan Taman Universiti, Sintok). Jadi secara tidak langsung, Kedai Jaguh telah menjadi board game cafe kami. Game Nite akan diadakan seperti biasa iaitu pada hari Rabu malam Khamis bermula pada pukul 9.00 malam sehingga 1.30 pagi. Jadi kepada sesiapa yang berminat, bolehlah hadir untuk menyertai sesi kami. Untuk pengetahuan semua, tiada yuran dikenakan cuma anda hanya perlu membayar sebarang makanan dan minuman yang dipesan sahaja.

Berikut adalah beberapa gambar untuk sesi Game Nite 2013.

Talisman 4th Ed.

Talisman - Playing as Dwarf

Settlers of Catan - Evening test session

Settlers of Catan (5-6 Players)

Long Shot - Full house

Long Shot - Halfway towards the finish line

Long Shot - Adlee playing an action card

Puerto Rico - Builders' phase

Puerto Rico - Settlers' phase

Citadels - First round
Blog Widget by LinkWithin