Wednesday, June 17, 2009

Game Night 18

Lokasi - Changlun
Masa : 9.30 malam
Hari : Rabu (17 Jun 2009)

Assalamualaikum...

Harap maaf, tiada game night diadakan pada 10 Jun 2009 disebabkan boardgame provider terpaksa bercuti di Kuala Lumpur selama seminggu. Alhamdulillah, kali ini 5 pemain berjaya hadir tetapi Fauzi tiba agak lewat sedikit.

Game startup : Koew teow Zukuwwan tengah warming up

Agricola dimainkan sebagai pemanas badan kerana Fauzi masih belum tiba dan hanya 4 orang sahaja yang menyertainya, Adlee, Zukuwwan, Nazli dan aku. Dalam pusingan kali ini, dek kompleks dipilih untuk dimainkan kerana ianya merupakan dek yang masih belum pernah dimainkan. Jadi ini merupakan pengalaman yang pertama bagi kesemua pemain.

Adlee masih lagi menjamu selera sedangkan hanya tinggal beberapa pusingan sahaja sebelum game end


Zukuwwan cuba membuat protes

Pusingan kedua masih lagi dengan Agricola, kali ini melibatkan 5 pemain kerana Fauzi telah bersedia untuk memulakan cabaran. Kali ini dek interaktif dipilih kerana majoriti pemain merasakan terlalu payah untuk mengeluarkan minor improvement kerana terdapat banyak prasyarat yang tidak praktikal untuk dipenuhi berbanding dengan faedah yang didapati.

Fauzi tengah kontrol hensem


Zukuwwan sedang mengira binatang ternakannya

Oleh kerana bilangan pemain bertambah dan kebanyakan pemain masih lagi kehilangan rentak akibat daripada game night minggu lepas yang terpaksa dibatalkan maka pergerakan permainan agak lambat terutamanya di 2 stage akhir di mana para pemain terpaksa memerah otak untuk mendapatkan markah yang optimum daripada tindakan yang ada.

Zukuwwan tersenyum kerana bilangan ternakannya yang banyak masih gagal menjadikan beliau sebagai pemenang


Winning pose

2 pusingan Agricola mengambil masa selama 3 setengah jam. Oleh itu Zukuwwan dan Adlee terpaksa mengundurkan diri memandangkan masa menunjukkan jam 12.30 pagi. Oleh itu cabaran seterusnya tinggal Nazli, Fauzi dan aku.

Railroad Tycoon dipilih sebagai board game untuk pusingan ketiga. Ianya pertama kali dimainkan di mana dalam permainan ini setiap pemain mewakili seorang individu yang cuba menjadi Railrood Tycoon. Para pemain bermula dengan mengambil saham dan menerima wang daripada saham terbabit. Wang tersebut boleh digunakan untuk membuat rel ke bandar-bandar, menambah baik keretapi yang dimiliki, memajukan kawasan kepada bandar atau membina link ke barat.

Fauzi cuba mengerakkan keretapi dengan mulutnya; tetapi gagal


Nazli : Now Loading...

Oleh kerana hanya 3 pemain yang tinggal tetapi peta permainan yang sangat besar maka ianya menjadikan board game ini tidak diterokai sepenuhnya oleh para pemain. Faktor mengantuk bukan menjadi penghalang untuk Fauzi dalam menjadi Railroad Tycoon yang berjaya dalam pusingan ini.

Fauzi tidak dapat menahan kegembiraanya kerana berjaya menjadi Railroad Tycoon yang berjaya

Sesi kali ini tamat pada 2.45 pagi. Terima kasih diucapkan kepada pemain yang hadir untuk menjayakan sesi kali ini. Diharap pemain baru dapat menyertainya untuk sesi-sesi yang akan datang, InsyaAllah...

Wassalam...

Thursday, June 4, 2009

Game Night 17

Lokasi - Changlun
Masa : 9.30 malam
Hari : Rabu (3 Jun 2009)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, pada sesi kali ini hanya 4 pemain berjaya menghadirkan diri. Isa, Adlee, Nazli dan aku sahaja yang meneruskan cabaran untuk malam ini. Agricola yang merupakan board games kegemaran kami dipilih untuk dimainkan serta-merta.

Game startup : Adlee masih lagi membaca occupation card

2 pusingan dimainkan, kali ini kami memilih dek interaktif sebagai cabaran dalam Agricola. Sebelum ini hanya dek permulaan digunakan kerana untuk membiasakan pemain dengan persekitaran dan mekanik permainan Agricola. Setelah dirasakan ianya sesuai maka barulah dek ini dipilih.

Nazli menunjukkan bahawa susah sungguh nak menang...

Perjalanan permainan agak lambat untuk menamatkan satu-satu pusingan kerana para pemain masih lagi cuba memahami dan mengatur strategi untuk dek baru ini.

Catan game startup : Adlee menerangkan peraturan permainan kepada Isa

Setelah selesai dengan Agricola, Settlers of Catan dipilih untuk dimainkan kerana masa kelihatan agak suntuk dan beberapa pemain harus pulang awal kerana terlibat dengan morning babbling keesokan paginya. Board game ini juga dipilih atas sebab ianya mudah difahami kerana Isa masih lagi belum biasa dengan board game ini.

Adlee masih lagi memberi penerangan kepada Isa

Dalam pusingan kali ini Adlee telah berjaya menamatkan saingan Settlers of Catan dengan menjuarainya dalam masa 45 minit sahaja. Sesi kali ini ditamatkan agak awal iaitu hampir pukul satu pagi.

Settlement placement

Terima kasih kepada semua yang hadir dan diharap agar perjumpaan di masa masa akan datang akan lebih meriah. InsyaAllah...

Wassalam...

Monday, June 1, 2009

Jemputan Kenduri - Zukuwwan

Assalamualaikum...

Zukuwwan menjemput semua rakan boardgamers untuk menghadiri majlis perkahwinan adiknya iaitu Zamzawani dengan Mohd Asrul Azim pada 3.6.2009

Alamat majlis tersebut :
3059, Taman Jalan Sultanah,
Lorong Bayu,
05350 Alor Setar, Kedah.

Marilah kita beramai-ramai menghadiri majlis ini agar ianya lebih berseri-seri.

Wassalam...

Game Night 16

Lokasi - Changlun
Masa : 9.30 malam
Hari : Rabu (27 Mei 2009)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, pada sesi kali ini 5 pemain berjaya menghadirkan diri. Agricola dipilih untuk dimainkan untuk pusingan yang pertama.


Zukuwwan dan Isa bersedia untuk pusingan pertama

Aku dan Nazli mengucapkan good luck kepada para pemain

Oleh kerana terlalu cepat permainan ditamatkan untuk pusingan pertama, maka pusingan kedua Agricola diteruskan. Kali ini Fauzi bertekad untuk menang.


Setup untuk pusingan kedua, kali ini Zukuwwan bersama dengan koew teownya

Fauzi tergamam kerana markahnya lebih kurang sama dengan pemain yang terakhir

Fasa terakhir Agricola : Simpan dalam kotak

Setelah dua pusingan Agricola, Zukuwwan terpaksa mengundurkan diri kerana jam telah menunjukkan pukul 12.30 tengah malam. Dengan hanya 4 pemain, dan keengganan Isa untuk mempelajari heavy games yang baru membuatkan Pompeii dipilih untuk dimainkan.

Nazli masih kurang jelas dengan rule

Pompeii dimiliki oleh Zukuwwan, oleh itu ianya tiada dalam senarai koleksi yang disenaraikan. Board game ini sesuai dimainkan antara 2-4 pemain dan mengambil masa antara 30-45 minit sahaja.

Incoming lava tiles

Dalam Pompeii setiap pemain perlu menggunakan pengikutnya untuk menduduki Pompeii sebelum gunung berapi Vesuvius meletup dan lavanya membakar Pompeii. Setelah gunung Vesuvius meletup, pemain perlu berlumba untuk keluar dari Pompeii untuk menyelamatkan diri. Pemain yang mempunyai pengikut yang paling ramai terselamat adalah pemenang.

Fauzi gembira kerana berjaya melakukan pembunuhan beramai-ramai

Dua pusingan dimainkan untuk Boardgame ini kerana untk membiasakan pemain baru, Isa dan Nazli dengan mekanik permainan dan tema serta objektifnya. Dalam pusingan ini Fauzi dan Isa menjadi pemenang.

Aku terpaksa akur kerana tewas teruk

Fokus untuk pusingan kedua...

Sekian untuk kali ini...

Wassalam...
Blog Widget by LinkWithin