Wednesday, June 17, 2009

Game Night 18

Lokasi - Changlun
Masa : 9.30 malam
Hari : Rabu (17 Jun 2009)

Assalamualaikum...

Harap maaf, tiada game night diadakan pada 10 Jun 2009 disebabkan boardgame provider terpaksa bercuti di Kuala Lumpur selama seminggu. Alhamdulillah, kali ini 5 pemain berjaya hadir tetapi Fauzi tiba agak lewat sedikit.

Game startup : Koew teow Zukuwwan tengah warming up

Agricola dimainkan sebagai pemanas badan kerana Fauzi masih belum tiba dan hanya 4 orang sahaja yang menyertainya, Adlee, Zukuwwan, Nazli dan aku. Dalam pusingan kali ini, dek kompleks dipilih untuk dimainkan kerana ianya merupakan dek yang masih belum pernah dimainkan. Jadi ini merupakan pengalaman yang pertama bagi kesemua pemain.

Adlee masih lagi menjamu selera sedangkan hanya tinggal beberapa pusingan sahaja sebelum game end


Zukuwwan cuba membuat protes

Pusingan kedua masih lagi dengan Agricola, kali ini melibatkan 5 pemain kerana Fauzi telah bersedia untuk memulakan cabaran. Kali ini dek interaktif dipilih kerana majoriti pemain merasakan terlalu payah untuk mengeluarkan minor improvement kerana terdapat banyak prasyarat yang tidak praktikal untuk dipenuhi berbanding dengan faedah yang didapati.

Fauzi tengah kontrol hensem


Zukuwwan sedang mengira binatang ternakannya

Oleh kerana bilangan pemain bertambah dan kebanyakan pemain masih lagi kehilangan rentak akibat daripada game night minggu lepas yang terpaksa dibatalkan maka pergerakan permainan agak lambat terutamanya di 2 stage akhir di mana para pemain terpaksa memerah otak untuk mendapatkan markah yang optimum daripada tindakan yang ada.

Zukuwwan tersenyum kerana bilangan ternakannya yang banyak masih gagal menjadikan beliau sebagai pemenang


Winning pose

2 pusingan Agricola mengambil masa selama 3 setengah jam. Oleh itu Zukuwwan dan Adlee terpaksa mengundurkan diri memandangkan masa menunjukkan jam 12.30 pagi. Oleh itu cabaran seterusnya tinggal Nazli, Fauzi dan aku.

Railroad Tycoon dipilih sebagai board game untuk pusingan ketiga. Ianya pertama kali dimainkan di mana dalam permainan ini setiap pemain mewakili seorang individu yang cuba menjadi Railrood Tycoon. Para pemain bermula dengan mengambil saham dan menerima wang daripada saham terbabit. Wang tersebut boleh digunakan untuk membuat rel ke bandar-bandar, menambah baik keretapi yang dimiliki, memajukan kawasan kepada bandar atau membina link ke barat.

Fauzi cuba mengerakkan keretapi dengan mulutnya; tetapi gagal


Nazli : Now Loading...

Oleh kerana hanya 3 pemain yang tinggal tetapi peta permainan yang sangat besar maka ianya menjadikan board game ini tidak diterokai sepenuhnya oleh para pemain. Faktor mengantuk bukan menjadi penghalang untuk Fauzi dalam menjadi Railroad Tycoon yang berjaya dalam pusingan ini.

Fauzi tidak dapat menahan kegembiraanya kerana berjaya menjadi Railroad Tycoon yang berjaya

Sesi kali ini tamat pada 2.45 pagi. Terima kasih diucapkan kepada pemain yang hadir untuk menjayakan sesi kali ini. Diharap pemain baru dapat menyertainya untuk sesi-sesi yang akan datang, InsyaAllah...

Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin