Thursday, April 15, 2010

Game Night 26

Lokasi - Changlun
Masa : 9.20 malam
Hari : Rabu (14 April 2010)

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama post untuk blog ini tidak diupdate oleh kerana kesibukan yang teramat sangat kini barulah saya berkesempatan untuk update blog ini.

Seperti biasa untuk Game Night malam Khamis ini dikhususkan untuk Grand Prix Formula De'. Untuk malam ini Small World dimainkan terlebih dahulu sebelum Grand Prix dimulakan.

Small World dengan 5 pemain


Untuk track malam ini Zukuwwan daripada pasukan kuning mendapat pole position diikuti oleh Isa dan En. Rais. Ketiadaan Rashid yang sibuk menyiapkan kerja sekolah sedikit sebanyak menjadi suasana pada malam ini agak sepi. Perlumbaan pada malam ini dimenangi oleh Rommel, Zukuwwan menduduki tempat kedua dan En. Rais mengikuti rapat di tempat ketiga. Kedudukan keseluruhan untuk mata pemandu dan pasukan akan dikeluarkan pada post yang akan datang.





Oleh kerana bilangan pemain yang agak ramai maka Saboteur dipilih untuk dimainkan diikuti Citadels yang dijadikan sebagai desert pada sesi game night pada kali ini.




Terima kasih kepada semua yang hadir...

Wassalam...
Blog Widget by LinkWithin