Wednesday, April 29, 2009

Game Night 12

Lokasi - Sekitar UUM
Masa : 9.00 malam
Hari : Rabu (29 April 2009)

Assalamualaikum...

Hanya 4 pemain sahaja yang berjaya menghadirkan diri pada sesi kali ini iaitu Nazli, Pun, Asif dan aku. Oleh kerana Asif tiba agak lewat maka Dominion dipilih untuk dimainkan terlebih dahulu.

Game end : Pun kelihatan yakin bahawa dia boleh menang

Dalam pusingan pertama ini, Pun masih tidak berjaya menjadi juara dalam Dominion walaupun berjaya mengumpul 45 markah. Dengan perbezaan 3 markah aku berjaya mengalahkan Pun dan Nazli. Nazli terpaksa berpuas hati di tempat ketiga kerana terperangkap dengan strategi 7 gold coins.


Pun terpaksa menerima hakikat bahawa kemenangan yang mungkin diperolehi adalah harapan palsu semata-mata

Dengan kehadiran Asif, Agricola dipilih untuk dimainkan kerana boardgames ini merupakan boardgame kegemaran kumpulan ini. Pun menjadi pemain pilihan untuk boardgame ini kerana sebelum ini 2 kali beliau berjaya memenanginya.

Game end : Nazli frust kerana tewas

Pun gagal memenangi Agricola pada kali ini walaupun berjaya mengumpul 32 mata di mana hanya mendapat tempat kedua diikuti oleh Nazli dan Asif yang masing-masing mengumpul 25 mata. Dengan jurang yang agak besar, aku berjaya memenangi Agricola iaitu dengan 44 mata. Walaupun Pun tewas tetapi ianya tidak sedikit pun melemahkan keyakinannya untuk merampas kembali takhta kejuaraan Agricola.


Game end : kedudukan mata yang diperolehi

Tigris dan Euphrates dipilih untuk dimainkan setelah Asif terpaksa pulang untuk menonton midnite movie Wolverine - Origins di pawagam. Dengan 3 pemain sahaja yang tinggal maka pertembungan 3 penjuru yang sengit akan berlaku.

Game end : kira markah

Sekali lagi aku berjaya memenangi boardgame ini dengan 23 mata diikuti oleh Pun 12 mata dan Nazli 10 mata. Dikhuatiri Pun dan Nazli masih lagi belum mahir dengan strategi dalam boardgame ini iaitu bagaimana untuk cuba mengoptimumkan mata yang diperolehi. Jadi boleh dirumuskan bahawa kemenangan yang diperolehi kali ini adalah mudah.

Sekian untuk kali ini...

Wassalam

Sunday, April 19, 2009

Game Night 11

Lokasi - Changlun
Masa : 9.30 malam
Hari : Rabu (16 April 2009)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, pada malam ini 5 pemain berjaya dikumpulkan. Asif, Pun, Nazli, Adlee dan aku memulakan saingan malam ini dengan Agricola. Permainan kali ini agak perlahan kerana Asif baru sahaja mempelajari board game ini menjadikan kami terpaksa menunggu untuk 2 pemain untuk membuat keputusan dengan masa yang agak lama (Asif dan Pun).

Agricola - Nazli menyerahkan turn kepada Adlee

Pun The Veteran Beginner masih lagi dengan misinya untuk memenangi board game ini kerana setelah beberapa kali terlibat dalam aktiviti ini beliau hanya berjaya menduduki tempat ke-4 dan ke-5 sahaja. Rekod terbaik yang pernah beliau tempa ialah menduduki tempat kedua, syabas (daripada 3 pemain). Oleh itu kekalahan pada malam ini akan menghancurkan harapan Pun untuk meneruskan perjuangannya dalam Agricola.

Ladang Pun yang masih lagi kosong padahal orang lain dah dekat nak penuh

Walaupun tidak mendapat tempat terakhir, Pun The Veteran Beginner masih lagi gagal mengungguli Agricola kerana beliau hanya mampu di tempat ke-4. Sesi Agricola kali ini menyaksikan pertarungan senget antara aku dan Adlee kerana jurang mata antara kedua-duanya adalah sedikit sahaja.

Citadels in session

Setelah selesai dengan Agricola, kami memilih untuk memainkan Citadel. Ianya merupakan board games yang menggunakan kad untuk dimainkan. Boleh dimainkan antara 2 - 7 pemain dan mengambil masa dalam 60 minit. Dalam permainan ini para pemain akan bertanding untuk membina 8 daerah terdahulu di kawasan masing-masing. Untuk mencapai matlamat ini, pemain boleh memilih beberapa peranan pekerjaan untuk diaktifkan. Sesiapa yang membina 8 daerah dahulu akan menamatkan permainan. Setiap daerah mempunyai mata masing-masing. Pemain yang mempunyai mata tertinggi memenangi Citadels.

Pun The Veteran Beginner telah berjaya memenangi Citadels hasil daripada usaha beliau dalam mengapi-apikan aku dan Adlee untuk bermusuhan antara satu sama lain dan membolehkan beliau mengambil kesempatan di atas keadaan berikut. Nazli berjaya mendapat tempat kedua walaupun ini merupakan pengalaman pertama beliau dalam Citadels.

Dominion in session

Boardgames yang terakhir untuk kali ini ialah Dominion. Ianya dipilih kerana terdapat beberapa Hero yang kesuntukan masa dan perlu pulang awal. Dalam pusingan kali ini Pun The Veteran Beginner tidak lagi mampu bermaharajalela kerana Asif, aku, Nazli dan Adlee telah masak dengan helahnya. Akhirnya aku berjaya memenangi Dominion dan tempat kedua dan ketiga masih lagi tidak dipedulikan kerana pemain lain mengharapkan Pun The Veteran Beginner tidak menang jadi mereka berpuas hati dengan apa sahaja keputusan.

Dominion - towards end game

Sekian untuk kali ini, Wassalam...

Thursday, April 9, 2009

Game Night 10

Lokasi - Changlun
Masa : 9.30 malam
Hari : Rabu (9 April 2009)

Assalamualaikum...

Pada kali ini hanya 3 pemain sahaja yang berjaya menghadirkan diri iaitu Nazli, Fauzi dan aku. Pada malam ini beberapa board games tidak dapat dimainkan kerana kebanyakannya memerlukan 3-5 pemain dan jika ianya dimainkan maka terdapat terlalu banyak kekosongan yang akan memberi peluang kepada sesetengah pemain sahaja. Perancangan awal untuk malam ini sebenarnya ialah fokus kepada board games Cuba kerana kami cuba merungkai senario board game ini untuk mengaplikasikan dalam hasil ciptaan board game kami sendiri

Initial start up : Amyitis

Sesi kali ini dimulakan dengan Amyitis. Board game ini adalah antara yang paling lama dalam simpanan tetapi tidak dimainkan kerana kekeliruan terhadap peraturan permainannya. Amyitis boleh dimainkan antara 2-4 pemain dalam anggaran masa 75 minit. Dalam permainan ini setiap pemain merupakan pembesar babylonia dan mereka perlu raja babylon untuk membina Hanging Gardens of Babylon supaya mendapat prestij daripada raja. Oleh itu mereka perlu mengumpulkan sumber dan mengupah pekerja tertentu dalam menyiapkan projek mega ini. Pemain yang mempunyai nilai prestij yang terbanyak akan memenanginya.

Nazli sudah mengantuk

Dalam sesi ini aku berjaya mengumpul prestij tertinggi diikuti oleh Bruce Lee Kokdiang dan Nazli. Oleh kerana ianya baru pertama kali dimainkan maka para pemain masih lagi terkial-kial mencari formula untuk mengunggulinya. Game night malam ini terpaksa dihentikan terlebih awal daripada waktu biasa kerana komitmen pemain terhadap perkara lain yang tidak dapat dielakkan.

Sekian untuk kali ini, Wassalam...

Sesi percubaan boardgame Cuba - Faiz LI dalam kenangan...


Faiz LI beraksi dalam Cuba - beliau telah tamat tempoh praktikum bersama Boardgames UUM SIG dan telah bekerja di lokasi yang dirahsiakan...

Wednesday, April 1, 2009

Game Night 9

Lokasi - Changlun
Masa : 9.30 malam
Hari : Rabu (2 April 2009)

Assalamualaikum...

Kehadiran semula Barney setelah menyepi telah menghangatkan sesi game night untuk kali ini. Pun The Veteran Beginner juga berjaya menghadirkan diri setelah sebulan tidak dapat menhadirkan diri walaupun hanya berjanji untuk hadir tetapi sebaliknya. Agricola dipilih sebagai board game pertama untuk dimainkan kerana 5 pemain bersedia untuk memulakan cabaran.

Game end : aku menjuarai Agricola dengan hanya setiap satu haiwan peliharaan sahaja


Hanya Adlee yang masih belum pernah memainkan board game ini. Walaupun demikian beliau masih lagi memberikan cabaran yang hebat berbanding pemain lain terutamanya Pun The Veteran Beginner dan Bruce Lee Kokdiang. Dalam pusingan ini aku berjaya menjadi petani yang paling optimum diikuti oleh Adlee, Bruce Lee Kokdiang, Pun The Veteran Beginner dan Nazli.

Pun The Veteran Beginner hanya mampu senyum kerana tidak mampu menang...


Pusingan Agricola kali ini merupakan antara yang paling lama dalam keseluruhan game night yang diadakan sebelum ini. Mungkin kerana ianya merupakan board game yang baru diperkenalkan untuk dimainkan dan mungkin juga Pun The Veteran Beginner mengambil masa yang terlalu lama untuk Loading.

Adlee terpaksa mengundurkan diri selepas tamatnya pusingan Agricola. Beliau tidak sempat untuk pusingan yang seterusnya. Oleh itu Barney mengambil tempatnya. Cuba dipilih sebagai board game yang kedua untuk malam ini.

Bruce Lee Kokdiang - Sleepy mode


Dalam Cuba setiap pemain mewakili perkampungan masing-masing yang terdiri daripada ladang-ladang yang mampu menghasilkan produk dan sumber-sumber asli. Pemain perlu menggunakan pekerjanya secara optimum untuk menjadikan kampungnya terkenal. Untuk itu mereka perlu menghantar produk dan barang siap (curut dan rum) kepada dunia luar. Selain itu pendapatan boleh ditambah dengan menjual produk dan barang siap kepada pasar di Cuba.

Barney menunjukkan jarinya yang digigit piranha sewaktu travel ke Cuba


Setiap pemain mempunyai 5 jenis kerjaya untuk dipilih dalam memakmurkan kampungnya. 4 kerjaya digunakan sebagai tindakan manakala kerjaya yang terakhir akan dihantar ke parlimen untuk mengundi dan memilih akta yang akan dilaksanakan.

Bruce Lee Kokdiang - Sleep mode

Oleh kerana terdapat 3 pemain yang masih belum pernah memainkan Cuba maka perjalanan permainan untuk board game ini agak perlahan kerana masing-masing kelihatan berhati-hati untuk mengeluarkan kerjaya sebagai tindakan.

Pun The Veteran Beginner with his trademark move - Now Loading...


Pun The Veteran Beginner - Still Loading... (Upgraded version of Now Loading which is longer)


Dalam pusingan ini, aku berjaya memenangi Cuba dengan margin yang agak kecil dengan Pun The Veteran Beginner. Walaupun mendapat tempat kedua Pun The Veteran Beginner kelihatan begitu gembira sekali umpama beliau telah memenangi board game ini. Bruce Lee Kokdiang terpaksa berpuas hati dengan tempat terakhir kerana Pun The Veteran Beginner telah berjaya mengalihkan perhatiannya dengan melengahkan permainan membuatkan beliau terlupa tindakan yang sepatutnya beliau laksanakan. Nazli dan Barney masih memberikan cabaran dan mereka mampu menang board game jika tidak disebabakan dengan mengantuk yang amat sangat.

Kekecewaan jelas tergambar pada Bruce Lee Kokdiang kerana ditewaskan oleh Pun The Veteran Beginner


Sesi kali ini ditamatkan pada pukul 2.00 pagi. Hanya 2 board game sahaja yang dapat dimainkan pada malam ini. Ini disebabkan kerana kedua-dua board game yang dimainkan mempunyai tahap kompleksiti yang agak tinggi menyebabkan pemain perlu banyak masa untuk memikirkan tindakan yang perlu dilaksanakan terutamanya Pun The Veteran Beginner.

Sekian untuk kali ini, Wassalam...
Blog Widget by LinkWithin