Masa : 9.00 malam
Hari : Rabu (29 April 2009)
Assalamualaikum...
Hanya 4 pemain sahaja yang berjaya menghadirkan diri pada sesi kali ini iaitu Nazli, Pun, Asif dan aku. Oleh kerana Asif tiba agak lewat maka Dominion dipilih untuk dimainkan terlebih dahulu.
Dalam pusingan pertama ini, Pun masih tidak berjaya menjadi juara dalam Dominion walaupun berjaya mengumpul 45 markah. Dengan perbezaan 3 markah aku berjaya mengalahkan Pun dan Nazli. Nazli terpaksa berpuas hati di tempat ketiga kerana terperangkap dengan strategi 7 gold coins.

Dengan kehadiran Asif, Agricola dipilih untuk dimainkan kerana boardgames ini merupakan boardgame kegemaran kumpulan ini. Pun menjadi pemain pilihan untuk boardgame ini kerana sebelum ini 2 kali beliau berjaya memenanginya.
Pun gagal memenangi Agricola pada kali ini walaupun berjaya mengumpul 32 mata di mana hanya mendapat tempat kedua diikuti oleh Nazli dan Asif yang masing-masing mengumpul 25 mata. Dengan jurang yang agak besar, aku berjaya memenangi Agricola iaitu dengan 44 mata. Walaupun Pun tewas tetapi ianya tidak sedikit pun melemahkan keyakinannya untuk merampas kembali takhta kejuaraan Agricola.
Tigris dan Euphrates dipilih untuk dimainkan setelah Asif terpaksa pulang untuk menonton midnite movie Wolverine - Origins di pawagam. Dengan 3 pemain sahaja yang tinggal maka pertembungan 3 penjuru yang sengit akan berlaku.
Sekali lagi aku berjaya memenangi boardgame ini dengan 23 mata diikuti oleh Pun 12 mata dan Nazli 10 mata. Dikhuatiri Pun dan Nazli masih lagi belum mahir dengan strategi dalam boardgame ini iaitu bagaimana untuk cuba mengoptimumkan mata yang diperolehi. Jadi boleh dirumuskan bahawa kemenangan yang diperolehi kali ini adalah mudah.
Sekian untuk kali ini...
Wassalam
No comments:
Post a Comment