Wednesday, April 1, 2009

Game Night 9

Lokasi - Changlun
Masa : 9.30 malam
Hari : Rabu (2 April 2009)

Assalamualaikum...

Kehadiran semula Barney setelah menyepi telah menghangatkan sesi game night untuk kali ini. Pun The Veteran Beginner juga berjaya menghadirkan diri setelah sebulan tidak dapat menhadirkan diri walaupun hanya berjanji untuk hadir tetapi sebaliknya. Agricola dipilih sebagai board game pertama untuk dimainkan kerana 5 pemain bersedia untuk memulakan cabaran.

Game end : aku menjuarai Agricola dengan hanya setiap satu haiwan peliharaan sahaja


Hanya Adlee yang masih belum pernah memainkan board game ini. Walaupun demikian beliau masih lagi memberikan cabaran yang hebat berbanding pemain lain terutamanya Pun The Veteran Beginner dan Bruce Lee Kokdiang. Dalam pusingan ini aku berjaya menjadi petani yang paling optimum diikuti oleh Adlee, Bruce Lee Kokdiang, Pun The Veteran Beginner dan Nazli.

Pun The Veteran Beginner hanya mampu senyum kerana tidak mampu menang...


Pusingan Agricola kali ini merupakan antara yang paling lama dalam keseluruhan game night yang diadakan sebelum ini. Mungkin kerana ianya merupakan board game yang baru diperkenalkan untuk dimainkan dan mungkin juga Pun The Veteran Beginner mengambil masa yang terlalu lama untuk Loading.

Adlee terpaksa mengundurkan diri selepas tamatnya pusingan Agricola. Beliau tidak sempat untuk pusingan yang seterusnya. Oleh itu Barney mengambil tempatnya. Cuba dipilih sebagai board game yang kedua untuk malam ini.

Bruce Lee Kokdiang - Sleepy mode


Dalam Cuba setiap pemain mewakili perkampungan masing-masing yang terdiri daripada ladang-ladang yang mampu menghasilkan produk dan sumber-sumber asli. Pemain perlu menggunakan pekerjanya secara optimum untuk menjadikan kampungnya terkenal. Untuk itu mereka perlu menghantar produk dan barang siap (curut dan rum) kepada dunia luar. Selain itu pendapatan boleh ditambah dengan menjual produk dan barang siap kepada pasar di Cuba.

Barney menunjukkan jarinya yang digigit piranha sewaktu travel ke Cuba


Setiap pemain mempunyai 5 jenis kerjaya untuk dipilih dalam memakmurkan kampungnya. 4 kerjaya digunakan sebagai tindakan manakala kerjaya yang terakhir akan dihantar ke parlimen untuk mengundi dan memilih akta yang akan dilaksanakan.

Bruce Lee Kokdiang - Sleep mode

Oleh kerana terdapat 3 pemain yang masih belum pernah memainkan Cuba maka perjalanan permainan untuk board game ini agak perlahan kerana masing-masing kelihatan berhati-hati untuk mengeluarkan kerjaya sebagai tindakan.

Pun The Veteran Beginner with his trademark move - Now Loading...


Pun The Veteran Beginner - Still Loading... (Upgraded version of Now Loading which is longer)


Dalam pusingan ini, aku berjaya memenangi Cuba dengan margin yang agak kecil dengan Pun The Veteran Beginner. Walaupun mendapat tempat kedua Pun The Veteran Beginner kelihatan begitu gembira sekali umpama beliau telah memenangi board game ini. Bruce Lee Kokdiang terpaksa berpuas hati dengan tempat terakhir kerana Pun The Veteran Beginner telah berjaya mengalihkan perhatiannya dengan melengahkan permainan membuatkan beliau terlupa tindakan yang sepatutnya beliau laksanakan. Nazli dan Barney masih memberikan cabaran dan mereka mampu menang board game jika tidak disebabakan dengan mengantuk yang amat sangat.

Kekecewaan jelas tergambar pada Bruce Lee Kokdiang kerana ditewaskan oleh Pun The Veteran Beginner


Sesi kali ini ditamatkan pada pukul 2.00 pagi. Hanya 2 board game sahaja yang dapat dimainkan pada malam ini. Ini disebabkan kerana kedua-dua board game yang dimainkan mempunyai tahap kompleksiti yang agak tinggi menyebabkan pemain perlu banyak masa untuk memikirkan tindakan yang perlu dilaksanakan terutamanya Pun The Veteran Beginner.

Sekian untuk kali ini, Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin