Wednesday, March 25, 2009

Game Night 8

Lokasi - Changlun
Masa : 9.30 malam
Hari : Rabu (25 Mac 2009)

Assalamualaikum...

Setelah berkali-kali diingatkan untuk hadir pada Game Night, Zamalik akhirnya berjaya menghadirkan diri. Kehadiran pada malam ini agak menyedihkan kerana hanya Bruce Lee Kokdiang dan Nazli sahaja yang berjaya menghadirkan diri selain daripada aku sebagai Board Game provider. Faiz LI yang berjanji untuk hadir tersesat di pasar malam Changlun sehingga tidak dapat menghadirkan diri.

Dengan alasan debut dalam game night; Zamalik membuat kenyataan untuk observe terlebih dahulu. Oleh kerana kekurangan pemain, beliau dipaksa juga untuk bermain. Oleh itu Settlers of Catan dipilih sebagai board game untuk pusingan pertama.

Settlers of Catan adalah satu di antara board game yang popular dan kerap dimainkan oleh pelbagai golongan. Ini disebabkan ianya mudah difahami dan mempunyai replay yang tinggi disebabkan board yang berubah untuk setiap sesi ianya dimainkan. Dalam board game ini, setiap pemain mewakili seorang peneroka dan akan memastikan bahawa masing-masing berjaya memakmurkan Catan dengan membina settlement, city dan beberapa pembangunan untuk Catan. Pemain yang mencapai 10 mata terlebih dahulu dianggap pemenang dan permainan sekaligus ditamatkan untuk dikira markah untuk pemain lain. Bruce Lee Kokdiang berjaya memenangi pusingan ini diikuti aku, Zamalik dan Nazli.

End game : Zamalik menyiku meja kerana tewas buat kali pertama dan terakhir untuk malam ini


Oleh kerana kecewa kerana pemain-pemain lain tidak bagi peluang kepada beliau untuk memenangi board game pertamanya; Zamalik mengundurkan diri meninggalkan aku, Bruce Lee Kokdiang dan Nazli. Oleh itu kami memilih Agricola untuk pusingan kedua. Agricola merupakan board game yang mendapat tempat pertama dalam boardgamegeek.com pada waktu ini. Ini jelas membuktikan bahawa ianya merupakan board game yang menarik dan mencabar.

Bruce Lee Kokdiang cuba membaca Occupation Card


Dalam Agricola, setiap pemain adalah petani dan beliau diberi satu kawasan dengan sebuah rumah bersaiz dua kapasiti untuk pasangannya. Tujuan board game ini ialah pemain perlu meningkatkan nilai keluarganya. Nilai keluarga yang tertinggi dinobatkan sebagai pemenang. Untuk meningkatkan nilai keluarga, pemain boleh mengembangkan kawasan tanahnya dengan menanam sayuran atau gandum, menternak haiwan (kambing, lembu, kerbau), membesarkan rumah, menaik taraf rumah, membeli peralatan kecil atau besar ataupun mengembangkan keluarganya dengan anak.

End Game : Nazli dan Bruce Lee Kokdiang menewaskan diri mereka masing-masing

Dalam pusingan ini, aku berjaya dinobatkan sebagai pemenang kerana pemain lain masih lagi kabur dengan tindakan yang perlu dibuat. Ini disebabkan board game ini meliputi skop yang luas dan pemain mampu membuat perancangan awal kerana terlalu banyak item yang perlu ada untuk meningkatkan nilai keluarga.

Oleh kerana kesuntukan masa dan kapasiti pemain yang kurang, maka Tigris dan Euphrates dipilih untuk dimainkan. Board game ini merupakan antara ciptaan terhebat Reiner Knizia di mana ianya menggondol tempat ke-7 dalam ranking boardgamegeek.com.

Initial setup untuk Tigris dan Euprates : Nazli dengan backup Bouncer di belakangnya


Setiap pemain mewakili satu kerajaan dan akan membina tamadun masing-masing di sepanjang sungai Tigris dan Euprates. Tamadun yang dibina adalah berdasarkan perletakan tiles yang menunjukkan keagungan tamadun tersebut dalam 4 bidang yang berlainan. Pemain juga boleh menghancurkan tamadun kerajaan lain dengan mengaktifkan konflik luaran atau merosakkan tamadun lain dengan mengaktifkan konflik dalaman.

Bruce Lee Kokdiang tersenyum bengang kerana menyedari hakikat beliau akan kalah teruk


Disebabkan mengantuk dan kurang kefahaman dalam tema board game ini maka aku berjaya memenanginya dengan margin agak besar. Mungkin jika dimainkan pada masa akan datang aku akan dipalam habis-habisan. OTL...

Aku tersenyum kerana Bruce Lee Kokdiang dan Nazli gagal memberi cabaran dalam Tigris dan Euprates


Sekian untuk kali ini. Diharap agar pada pertemuan akan datang lebih ramai lagi pemain yang boleh menghadirkan diri supaya beberapa board game lain boleh dimainkan seperti Amun-Re dan Taj Mahal.

Sesi percubaan Amun-Re - Pun the Veteran Beginner : Now Loading...


Wassalam

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin