Saturday, March 21, 2009

Game Night 7

Lokasi - Changlun
Masa : 9.30 malam
Hari : Rabu (18 Mac 2009)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sekali lagi Zamalik masih gagal menghadiri sesi ini. Ini membuktikan bahawa beliau bukanlah seorang yang boleh dipercayai. Malam ini hanya 5 board gamers sahaja yang berjaya menghadirkan diri termasuk Asif, Adlee, Faiz LI dan Bruce Lee Kokdiang. Nazli tidak dapat menghadirkan diri kerana dilantik sebagai Birthday Boy.

Sesi kali ini dimulakan dengan Carcassonne kerana ingin menunggu para board gamers yang mampu menghadirkan diri untuk hadir sepenuhnya. Malang sekali kerana Bruce Lee Kokdiang berjaya memenangi pusingan kali ini kerana pemain lain tidak sanggup untuk memenangi board games ini dan memberikan kemenangan kepada beliau walaupun beliau menganggap kejayaan itu hasil daripada peluh keringat beliau.

Aku cuba menarik perhatian orang lain supaya tidak dipalam

Kemenangan ini berjaya meniupkan semangat Bruce Lee Kokdiang untuk terus bersaing dan meminta Manila dimainkan untuk pusingan kedua. Manila merupakan sebuah Board games yang berunsurkan pelaburan. Pemain perlu melabur dalam barangan yang perlu dihantar kepada pelabuhan di Manila. Selain itu pemain juga boleh membuat spekulasi ke atas barangan yang dihantar sama ada berjaya sampai atau tidak pada pelabuhan. Jika spekulasinya berjaya maka keuntungan diperolehi. Pemain yang mempunyai wang paling banyak di akhir permainan dikira pemenang (hasil daripada nilai saham dan wang di tangan).

Asif baru mula meletakkan tile untuk palam semua pemain lain


Asif merupakan favourite untuk memenangi board games ini disebabkan beliau mengajar kursus Maritime Management. Setelah beberapa pusingan berlalu Asif telah dilabel sebagai lanun Somalia kerana gemar menjadi lanun dalam board games ini.

Bruce Lee Kokdiang cuba berbisik kepada Faiz LI untuk menurut perintahnya

Pusingan kali ini menyaksikan Bruce Lee Kokdiang dan Faiz LI cuba mewujudkan pakatan supaya menggondol gelaran juara. Malangnya usaha mereka sia-sia kerana Adlee berjaya mengungguli Manila. Oleh kerana terpedaya dengan janji manis Bruce Lee Kokdiang, Faiz LI terpaksa berpuas hati di tempat ke-3 walaupun dijanjikan tempat pertama oleh Bruce Lee Kokdiang.

Bang! sekali lagi menjadi pilihan disebabkan Faiz LI sudah mengantuk. Aku diberi mandat sebagai Sherif dan Adlee sebagai Deputy. Faiz LI yang sudah mengantuk (Outlaw) menjadi mangsa korban pertama kerana pemain lain ingin menunaikan hajatnya untuk pulang awal. Bruce Lee Kokdiang (Renegade tegar) menjadi mangsa korban kedua setelah diBang! bertubi-tubi oleh Adlee. Tewasnya Asif menjadikan aku dan Adlee sebagai juara dalam pusingan kali ini.

Setelah kepulangan Faiz LI, Dominion merupakan board game terakhir yang dimainkan. Adlee yang merupakan pemenang tegar Dominion menjadi juara dalam pusingan kali ini.

Sesi petang ; Bruce Lee Kokdiang cuba mencium meja kerana frust.


Adlee dengan pose kemenangannya; Asif, malu kerana tewas.

Sesi kali ini tamat pada pukul 1.30 pagi. Walaupun kehadiran pemain adalah sederhana tetapi Alhamdulillah kerana 4 pusingan dalam dijalankan pada malam ini. Diharap kehadiran seperti ini dapat dikekalkan. Jika berkesempatan mungkin Power Grid pula akan dimainkan.

Sesi percubaan untuk Power Grid

Sekian, Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin