Wednesday, March 11, 2009

Game Night 6

Lokasi - Changlun
Masa : 9.30 malam
Hari : Rabu (11 Mac 2009)

Assalamualaikum…

Pada malam ini hanya 5 pemain sahaja berjaya diturunkan. Pemain lain yang berjanji untuk hadir terpaksa memungkiri janji mereka kemungkinannya disebabkan telah puas bermain di sesi petang. Seperti biasa Pun The Veteran Beginner terpaksa tidak hadir disebabkan tidak mendapat keizinan daripada isterinya. Seperti biasa Zamalik The Mammoth tidak hadir walaupun menabur janji manisnya untuk hadir pada setiap game night. Oleh kerana kekurangan pemain maka pemain import daripada Jitra (namanya dirahsiakan tetapi blog ini akan merujuk beliau sebagai Adlee) terpaksa diturunkan.

Dominion dipilih sebagai Boardgame pertama untuk dimainkan. Oleh kerana Asif masih lagi noob dalam permainan ini maka permainan bermula dengan agak perlahan. 2 pusingan untuk board game ini dimainkan di mana pada pusingan pertama Adlee sebagai juara bertahan berjaya mengalahkan pemain lain termasuk aku.

Bruce Lee Kokdiang cuba mengintai kad Zukuwwan

Pada pusingan kedua pula Zukuwwan mula menunjukkan belangnya dengan memecahkan dominasi Adlee dalam Dominion. Beliau Berjaya menewaskan pemain lain dengan margin yang agak besar. Aku dan Asif pula berjaya mencipta rekod baru kejohanan dalam Dominion kerana mendapat markah paling rendah iaitu masing-masing berkongsi tempat terakhir dengan 3 mata. Walaupun aku dan Asif tewas dengan teruk tetapi kami mampu berbangga dengan prestasi kami kerana berjaya memecahkan rekod Dominiom.

Bruce Lee Kokdiang tension sebab action card "koew teow goreng" telah habis dibeli oleh pemain lain

Setelah memenangi Dominion pada pusingan kedua, Zukuwwan telah mengundur diri. Walaupun dipujuk untuk meneruskan perlawanan serta diugut oleh Asif namun segalanya tidak Berjaya kerana Zukuwwan memegang kepada petua tuk gurunya (Pun The Veteran Beginner) iaitu “Kalau dah menang sekali tu, baliklah… Kalau tak balik, mesti hang kena palam dan kalah dengan teruk”.

Adlee sedang tekun menerangkan peraturan Nexus Ops kepada Asif

Oleh itu sesi malam ini diteruskan dengan Nexus Ops. Boardgame ini merupakan sebuah boargame bercirikan peperangan sains fiksyen. Ianya mudah difahami dan boleh dimainkan antara 2-4 pemain. Unit yang boleh dikawal oleh setiap pemain adalah sama. Oleh itu para pemain haruslah bijak menguruskan sumbernya untuk menghasilkan unit yang sesuai yang akan digunakan untuk peperangan dengan pihak lawan.

Adlee cuba mempertahankan HQ-nya dari serangan geng hijau yang jahat

Oleh kerana kesuntukan masa dan paluan mesej yang bertubi-tubi daripada handphone Bruce Lee Kokdiang (Fauzi) sehingga membingitkan telinga pemain lain, maka satu pusingan sahaja dimainkan untuk Nexus Ops. Bruce Lee Kokdiang telah muncul sebagai juara dengan 12 mata diikuti oleh aku 10 mata dan Adlee 9 mata. Asif pula terpaksa berpuas hati dengan tempat terakhir.

Adlee dan Asif (sleepy mode) menunggu Bruce Lee Kokdiang memulakan langkahnya

Kemenangan Bruce Lee Kokdiang dalam Nexus Ops adalah tidak sah kerana mendapat protes daripada Adlee dan Asif. Ini disebabkan Lava Leaper dan Crystaline Fauzi (ops… tersilap, Bruce Lee Kokdiang) dikhuatiri menggunakan steroid dalam permainan ini. Oleh itu kemenangan diberikan kepada pemain-pemain lain. Sekian untuk kali ini…

Wassalam…

2 comments:

  1. kemenangan nexus ops mmg tak sah ... byk basic rule telah dilupai dan menimbulkan syak wasangka.

    ReplyDelete
  2. patut la aku kalah... selalunya aku dok menang game ni... tak puas hati aku.. kena main lain ni...

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin