Wednesday, February 25, 2009

Game Night 4

Lokasi - Changlun
Masa : Sekitar 9.00 malam
Hari : Rabu (25 Febuari 2009)

Alhamdulillah kehadiran pemain malam ini juga agak memberansangkan. 6 pemain hadir untuk menyertainya malam ini (aku, Faiz LI, Fauzi, Adlee, Zukuwwan, Pun). Hanya 1 meja sahaja dibuka kerana bilangan pemain tidak cukup ramai untuk sesi selari. Malam ini merupakan malam yang agak istimewa kerana setelah sekian lama direhatkan (akibat kecederaan), Lolan berjaya juga membuat penampilan istimewa.

Pusingan pertama Dominion:Pun The Veteran Beginner cuba melengahkan permainan dengan mengajukan soalan yang merepek kepada Adlee

Sesi malam ini dimulakan dengan Dominion, sebuah boardgame yang hanya menggunakan kad sebagai mekanisma permainan. Boleh dimainkan antara 2-4 pemain dan mengambil masa antara 30-60 minit. Dalam permainan ini, setiap pemain diberi 10 kad yang sama sebagai dek. Kemudian pemain boleh membeli kad-kad yang lain sebagai support, emas atau victory point. Oleh yang demikian, bilangan kad dalam dek pemain akan bertambah dari masa ke masa. Pemain ditentukan dengan mengira victory points yang dibeli dan berada dalam dek pemain.

Zukuwwan tersenyum kerana berjaya palam aku

Walaupun bilangan maksimum untuk Dominion hanya 4 pemain tetapi kami mengambil keputusan untuk mencuba memainkannya dengan 5 pemain dan kemudiannya 6 pemain. Oleh itu 2 dek ditambah menjadikan 12 dek Kingdom Card untuk 5 pemain dan 15 dek Kingdom Card untuk 6 pemain.

Adlee menerangkan salah satu tips untuk menang Dominion ialah menawarkan pihak lawan koew teow untuk mengalihkan perhatiannya kepada makanan

Pusingan pertama Dominion dimenangi oleh aku dengan 37 markah, diikuti Adlee dan Bruce Lee Jenalik (Fauzi) dengan masing-masing memperolehi 27 markah. Zukuwwan di tempat keempat diikuti oleh Pun The Veteran Beginner di tempat terakhir. Oleh kerana Pun tidak dapat menerima kenyataan dengan kedudukannya di tempat terakhir maka beliau meminta untuk memainkan semula Dominion dengan alasan kesian kat Faiz LI kerana baru tiba. Kesimpulannya Dominion merupakan boardgame yang mudah difahami dan mempunyai replay value yang tinggi disebabkan setiap sesi mungkin menggunakan dek yang berbeza maka pengalaman permainan juga berbeza untuk setiap sesi.

Lolan mencuba memegang kad Dominion

Kemudian, Bang! dipilih untuk dimainkan di mana 7 pemain menyertainya. Sekali lagi aku diberi mandat sebagai Sheriff dan aku telah berjaya menghapuskan Zukuwwan (Outlaw). Dalam permainan kali ini Sheriff telah berjaya ditewaskan oleh Outlaw (Zukuwwan, Adlee dan Pun) kerana terkena Dynamite yang dilepaskan oleh Deputy (Lolan). Fauzi (Renegade) terpaksa berputih mata kerana tewas sekali lagi di tangan Outlaw. Faiz LI (Deputy) pula tidak banyak membantu dalam melindungi Sheriff kerana terlalu kerap nazak.

Faiz LI tension kerana bertubi-tubi diBang! oleh Fauzi

Bang! merupakan permainan terakhir untuk Adlee, Zukuwwan, Lolan dan Faiz LI kerana terpaksa pulang awal. Oleh yang demikian hanya 3 pemain sahaja meneruskan sesi kali ini. Disebabkan bilangan pemain yang terhad, Carcassonne dipilih untuk dimainkan.

Pun tidak berpuas hati dengan kad di tangannya

Carcassonne merupakan antara boardgame yang mempunyai paling banyak expansion pack di pasaran. Ini disebabkan ianya mudah dimainkan dan mengambil masa yang singkat untuk ditamatkan. Boleh dimainkan antara 2-5 pemain dan mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk ditamatkan. Menggunakan tiles yang berbeza sebagai mekanisma di mana pemain akan menyusun tiles tersebut untuk memperolehi markah tertentu. Dalam sesi ini aku menjadi juara diikuti oleh Pun dan Fauzi.

End game Carcassonne:aku menang dengan jurang yang agak jauh.

Boardgame terakhir yang dipilih untuk dimainkan ialah Ticket to Ride: Swiss Edition. Ianya merupakan expansion kepada Ticket to Ride di mana dimainkan oleh 3-5 pemain. Dalam edisi ini hanya 2-3 pemain sahaja dibenarkan kerana peta yang agak padat tetapi agak mencabar kerana terdapat banyak tunnel dan tiket yang berbeza daripada permainan asal.

Aku cuba memperdayakan Fauzi untuk claim route yang tak berguna

Sekali lagi aku menjadi juara dengan jurang yang jauh sekali kerana Pun yang menjadi sock puppet aku dan Fauzi masih terlalu noob untuk menjadi palamber yang berjaya. Mungkin selepas 5-6 sesi bermain, cahaya kemenangan akan bersinar di pihak mereka... Harap sajalah...

Fauzi tak dapat menahan kebengangan kerana tewas lagi

Sekian untuk kali ini, Wassalam...




Wednesday, February 18, 2009

Senarai Boardgames

Assalamualaikum...

Oleh kerana kehadiran pemain yang tidak menentu dan pemilihan boardgames yang dikatakan tidak memenuhi kehendak beberapa pemain yang hadir maka dirasakan perlunya satu medium supaya pemain dapat mencadangkan boardgames yang ingin dimainkan.

Berikut adalah imej senarai boardgames yang boleh dicadangkan.

Boardgames yang berada di rak.

Selain itu, terdapat beberapa boardgames yang tidak berada di rak pada imej di atas. Boardgames tersebut adalah :

1. Agricola : 1-5 pemain
2. Dominion : 2-4 pemain
3. Power Grid : 3-6 pemain
4. Ticket To Ride : 3-5 pemain
5. Wealth of Nations : 3-5 pemain
6. Mr Jack : 2 pemain
7. Senji : 3-6 pemain
8. Citadel : 3-7 pemain

Diharap pemain yang akan menghadiri sesi seterusnya mencadangkan boardgames yang ingin dimainkan dalam komen di bawah. Untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai boardgame, sila layari www.boardgamegeek.com; (website unggul untuk pemain boardgames)

Sekian, Wassalam

Game Night 3

Lokasi - Changlun
Masa : Sekitar 9.00 malam
Hari : Rabu (18 Febuari 2009)

Alhamdulillah kehadiran pemain malam ini agak memberansangkan. 8 pemain hadir untuk menyertainya malam ini (aku, Faiz LI, Fauzi, Adlee, Asif, Zukuwwan, Nazli, Pun). Hanya 1 meja sahaja dibuka kerana pemain hadir pada selang masa yang berbeza; maka agak sukar untuk menyusun pemain untuk memulakan boardgame yang lain.

Malam ini Die Macher dipilih untuk dimainkan disebabkan permintaan yang tinggi terhadapnya pada minggu lepas. Die Macher; boardgame bertemakan pilihanraya di Jerman. 3-5 pemain boleh menyertainya dan dianggarkan mengambil masa 5 jam untuk pusingan standard dan 3 jam untuk pusingan ringkas.

Fauzi dan Nazli sibuk menyusun strategi pilihanraya dalam fasa Initial setup

Setiap pemain mewakili satu parti politik dan cuba untuk memenangi pilihanraya yang diadakan di kawasan-kawasan terpilih. Untuk malam ini kami memilih pusingan pendek, maka hanya 5 kawasan sahaja ditandingi untuk direbut sama ada oleh pakatan parti atau parti individu.

Aku dan Adlee cuba berpakat untuk palam pemain lain terutamanya Pun

Pemain perlu memastikan polisi partinya memenuhi pandangan umum sesuatu kawasan dan juga mengekalkan popularitinya di kawasan yang ditandingi untuk memenangi pilihanraya di kawasan tersebut. Markah diberi atas bilangan undi yang diterima; selain itu bilangan ahli dalam parti juga diberi markah dan akhir sekali jika polisi parti sama dengan isu nasional maka parti yang diwakili juga akan mendapat markah.

Nazli dan Zukuwwan cuba untuk menubuhkan pakatan; Fauzi tengah mengira duit

Pada malam ini parti Die Grunen (Adlee, Asif dan Faiz LI) menjadi juara dengan 233 markah, parti SPD (aku) mendapat tempat kedua dengan 204 markah manakala tempat ketiga parti yang diwakili oleh Pun dan Zukuwwan. Fauzi dan Nazli yang berjuang secara solo mendapat tempat keempat dan kelima. Walaupun mendapat tempat tercorot, pujian tetap diberikan kepada mereka kerana berjaya menghabiskan Die Macher untuk pertama kalinya. Mungkin pada masa-masa akan datang kejayaan akan muncul di pihak mereka. Harap sajalah kot...

Aku cuba menghasut pemain lain untuk palam parti kuning (diwakili oleh Pun dan Zukuwwan)

Bang! dipilih untuk dimainkan sebagai boardgame kedua tetapi hanya 5 pemain sahaja menyertainya. Ini disebabkan beberapa pemain utama perlu direhatkan. Asif, Adlee dan Zukuwwan terpaksa pulang awal.

Fauzi dan Nazli bersemangat untuk memulakan pusingan kedua (sebabnya mereka tewas awal dalam pusingan pertama... :)

2 pusingan dimainkan di mana pada pusingan pertama Sheriff dan Deputy (Pun dan Faiz LI) berjaya mengalahkan Outlaw (aku dan Fauzi) dan Renegade (Nazli). Pusingan kedua pula menyaksikan Fauzi (Sheriff) telah berjaya menewaskan Outlaw (Pun dan Nazli) dan Renegade (aku). Deputy (Faiz LI) telah ditewaskan pada awal permainan. Walaupun tewas pada awal pusingan kedua, Faiz LI tetap akur dengan keputusan tersebut kerana beliau menganggapnya sebagai motivasi untuk balik awal.

Pusingan kedua Bang!: aku sebagai Renegade

Sesi kali ini tamat pada pukul 2.30 pagi. Terima kasih diucapkan kepada pemain yang hadir untuk menjayakan aktiviti malam ini. Diharapkan agar lebih ramai lagi pemain dapat menyertainya. Pada perjumpaan akan datang, kemungkinan Senji atau Power Grid akan dimainkan.

Sekian untuk kali ini. Wassalam

Friday, February 13, 2009

Extra Boardgame Session 1

Lokasi - Dirahsiakan
Masa : Sekitar 5.00-7.00 petang
Hari : Khamis (12 Febuari 2009)

Fauzi (merah) cuba menghasut Adlee (biru) dan Faiz LI (kuning) untuk menyerang kawasan aku(hitam)

Oleh kerana ramai pemain utama direhatkan pada Game Night 2; maka satu sesi tambahan diadakan pada keesokan harinya kerana dikhuatiri ada pemain yang ketagihan. Pemain yang menghadiri sesi tambahan ini ialah Adlee, Pun, Fauzi, Faiz LI dan Aku.

Shogun dipilih untuk dimainkan kerana boardgame ini pernah dimainkan sebelum ini; jadi peraturan boardgame ini tidak perlu lagi diterangkan kepada pemain. Pun tidak sempat untuk menyertai Shogun kerana datang agak lewat.

Adlee (biru) kelihatan gembira setelah berjaya mendapatkan semula tanah jajahannya

Buat pertama kalinya Adlee dan aku menjadi juara bersama dalam Shogun memandangkan Fauzi dan Faiz LI terlalu noob untuk mengalahkan kami.

Bang! dipilih sebagai boardgame kedua untuk sesi ini dan 5 pemain menyertainya. Aku sebagai Sheriff dan Pun sebagai Deputy telah berjaya mengalahkan Fauzi dan Faiz LI sebagai Outlaw dan Adlee sebagai Renegade.

Sekian untuk kali ini... Wassalam...

Thursday, February 12, 2009

Game Night 2

Lokasi - Changlun
Masa : 9.00 pm
Hari : Rabu (11 Febuari 2009)

Hanya 5 pemain dapat hadir untuk hari ini; (Asif, Barney, Nazli, Aku dan Fauzi). Oleh kerana bilangan pemain yang mencukupi maka satu meja sahaja dibuka. Pada awalnya Power Grid dicadangkan untuk dimainkan pada malam ini tetapi disebabkan bilangan pemain yang tidak mencukupi maka Shogun dan Puerto Rico menjadi pengganti.


Game yang dipilih untuk dimainkan

Boardgame yang pertama dimainkan pada malam ini ialah Puerto Rico. Oleh kerana 3 daripada pemain adalah newbie maka perjalanan permainan adalah agak perlahan disebabkan pemain memerlukan masa yang agak lama untuk memahami fungsi bangunan yang boleh dibina dalam boardgame ini.

Newbie (Barney; baju hitam) masih meninjau pergerakan permainan

Puerto Rico ; boardgame yang bertemakan city building, pengurusan ekonomi dan perladangan. Boleh dimainkan antara 3-5 pemain dan mengambil masa dalam 1-2 jam. Pemain mengambil peranan sebagai pemilik ladang di Puerto Rico. Pemain boleh memilih untuk menanam 5 jenis tanaman berbeza dan perlu menguruskan ladangnya sendiri dengan lebih efisyen daripada pemain lain dan memajukan San Juan. Ianya merupakan boardgame yang fleksibel di mana tiada ultimate strategy untuk boardgame ini dan setiap sesi memerlukan strategi yang berbeza bergantung kepada pemain lain. Boardgame ini memperolehi ranking ke-2 dalam Boardgamegeek setelah lama mengungguli ranking Pertama sebelum Agricola dihasilkan.


Sesi pertengahan Puerto Rico

Malam ini aku menjadi juara dalam Puerto Rico tetapi sesi ini selesai pada pukul 12.oo tengah malam. Oleh kerana masa semakin suntuk maka Power Grid dan Shogun tidak dapat dimainkan. Jadi Bang! telah dipilih sebagai boardgame terakhir untuk malam ini.


Asif terpaksa merokok disebabkan terlalu tension memikirkan cara untuk menang

Bang! : merupakan sebuah card game yang agak mudah untuk dimainkan. Ianya bertemakan American West; di mana setiap pemain diberi watak dan pekerjaan yang berbeza dan mempunyai matlamat yang berbeza. Pekerjaan tersebut ialah Sherif, Deputy, Outlaw dan Renegade. Sherif perlu membunuh Outlaw dan Renegade untuk menang, Outlaw perlu membunuh Sherif untuk menang, Deputy perlu melindungi Sherif; dan menang jika Sherif berjaya mencapai matlamatnya, Renegade perlu menjadi last man standing untuk menang. Boleh dimainkan antara 3-7 pemain. Kelemahan utama card game ini ialah ianya daripada jenis elimination; jadi ianya agak tidak menarik kerana pemain yang telah ditewaskan perlu menunggu sesi permainan tamat.

Untuk Game Night yang seterusnya Die Macher! dicadangkan untuk dimainkan. InsyaAllah jika cukup pemain boardgame ini akan dimainkan pada minggu hadapan. Nantikan laporannya... Sekian, terima kasih.

Friday, February 6, 2009

Game Night 1

Lokasi - UUM
Masa : 9.00 pm
Hari : Rabu (4 Febuari 2009)

10 pemain turut serta dalam game night 1 di UUM; 2 daripadanya pemain baru. Setelah setahun menganjurkan game night secara tidak langsung. Malam inilah malam pertama yang membabitkan 10 orang pemain. Oleh yang demikian 2 meja terpaksa dibuka dan 2 game dimain serentak.


Meja pertama : Formula De'

Formula De' ; boardgame yang bertemakan formula 1. Dimainkan oleh 2-10 pemain dan mengambil masa kira 1-2 jam untuk ditamatkan. Pada malam ini 5 pemain memulakan Formula De' dan setiap pemain mengawal 2 kereta di mana setiap satu mewakili satu pasukan Formula 1. Track yang boleh dimainkan dalam set ini ialah Zandvoort dan Monaco.


Meja kedua : Shogun

Shogun; boardgame yang bertemakan era peperangan di Jepun di mana setiap pemain mewakili seorang Shogun dan mengawal beberapa daerah. Boleh dimainkan antara 3-5 pemain dan mengambil masa 1-2 jam iaitu dalam 2 tahun permainan. Pemain boleh menjajah daerah baru untuk membesarkan empayarnya dan harus memastikan bahawa bekalan makanan mencukupi untuk musim sejuk.

Sekali lagi Adlee muncul juara sebagai Shogun yang terbaik dalam permainan malam ini dan pemain yang memenangi Formula De' ialah Asif (pemain tegar Formula De').

Malam ini juga boardgame kegemaran juga sempat dimainkan iaitu Puerto Rico. Zukuwwan muncul sebagai juara dalam boardgame ini dan pemain yang senyum dalam gambar di bawah menjadi pemain yang terakhir. (namanya dirahsiakan)

Meja pertama : Puerto Rico

Puerto Rico : boardgame yang bertemakan pemilik perladangan di Puerto Rico di mana perlu menguruskan perniagaan perladangan paling efisien antara pemain. Boleh dimainkan antara 2-5 pemain dan mengambil masa antara 1 jam. Boardgame ini diletakkan sebagai kedua terbaik dalam ranking Boardgamegeek; forum terulung untuk pemain boardgames.

Thursday, February 5, 2009

Pengenalan

Alhamdulillah... berjaya juga blog ini dihasilkan setelah lama merancang untuk menghasilkannya. Jadi dalam blog ini semua perjumpaan Boardgames SIG di UUM (Universiti Utara Malaysia) akan dilaporkan secara ringkas. Diharap dengan adanya blog ini; kenangan setiap perjumpaan akan dikongsi dan lebih ramai lagi ahli akan turut serta, InsyaAllah...
Blog Widget by LinkWithin