Masa : Sekitar 9.00 malam
Hari : Rabu (18 Febuari 2009)
Alhamdulillah kehadiran pemain malam ini agak memberansangkan. 8 pemain hadir untuk menyertainya malam ini (aku, Faiz LI, Fauzi, Adlee, Asif, Zukuwwan, Nazli, Pun). Hanya 1 meja sahaja dibuka kerana pemain hadir pada selang masa yang berbeza; maka agak sukar untuk menyusun pemain untuk memulakan boardgame yang lain.
Malam ini Die Macher dipilih untuk dimainkan disebabkan permintaan yang tinggi terhadapnya pada minggu lepas. Die Macher; boardgame bertemakan pilihanraya di Jerman. 3-5 pemain boleh menyertainya dan dianggarkan mengambil masa 5 jam untuk pusingan standard dan 3 jam untuk pusingan ringkas.
Setiap pemain mewakili satu parti politik dan cuba untuk memenangi pilihanraya yang diadakan di kawasan-kawasan terpilih. Untuk malam ini kami memilih pusingan pendek, maka hanya 5 kawasan sahaja ditandingi untuk direbut sama ada oleh pakatan parti atau parti individu.
Pemain perlu memastikan polisi partinya memenuhi pandangan umum sesuatu kawasan dan juga mengekalkan popularitinya di kawasan yang ditandingi untuk memenangi pilihanraya di kawasan tersebut. Markah diberi atas bilangan undi yang diterima; selain itu bilangan ahli dalam parti juga diberi markah dan akhir sekali jika polisi parti sama dengan isu nasional maka parti yang diwakili juga akan mendapat markah.
Pada malam ini parti Die Grunen (Adlee, Asif dan Faiz LI) menjadi juara dengan 233 markah, parti SPD (aku) mendapat tempat kedua dengan 204 markah manakala tempat ketiga parti yang diwakili oleh Pun dan Zukuwwan. Fauzi dan Nazli yang berjuang secara solo mendapat tempat keempat dan kelima. Walaupun mendapat tempat tercorot, pujian tetap diberikan kepada mereka kerana berjaya menghabiskan Die Macher untuk pertama kalinya. Mungkin pada masa-masa akan datang kejayaan akan muncul di pihak mereka. Harap sajalah kot...
Bang! dipilih untuk dimainkan sebagai boardgame kedua tetapi hanya 5 pemain sahaja menyertainya. Ini disebabkan beberapa pemain utama perlu direhatkan. Asif, Adlee dan Zukuwwan terpaksa pulang awal.
Fauzi dan Nazli bersemangat untuk memulakan pusingan kedua (sebabnya mereka tewas awal dalam pusingan pertama... :)
2 pusingan dimainkan di mana pada pusingan pertama Sheriff dan Deputy (Pun dan Faiz LI) berjaya mengalahkan Outlaw (aku dan Fauzi) dan Renegade (Nazli). Pusingan kedua pula menyaksikan Fauzi (Sheriff) telah berjaya menewaskan Outlaw (Pun dan Nazli) dan Renegade (aku). Deputy (Faiz LI) telah ditewaskan pada awal permainan. Walaupun tewas pada awal pusingan kedua, Faiz LI tetap akur dengan keputusan tersebut kerana beliau menganggapnya sebagai motivasi untuk balik awal.
Sesi kali ini tamat pada pukul 2.30 pagi. Terima kasih diucapkan kepada pemain yang hadir untuk menjayakan aktiviti malam ini. Diharapkan agar lebih ramai lagi pemain dapat menyertainya. Pada perjumpaan akan datang, kemungkinan Senji atau Power Grid akan dimainkan.
Sekian untuk kali ini. Wassalam

buat petama kalinya aku menang dalam acara solo pemainan boardgame ... teranya... aku... wakakakakakakakakaka.... damm kuat blah blah blah....!!! puaka... yehaaaaaaaaaaa
ReplyDeletelepas ni kena palam ngan kawan-kawan kot...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletehahaha...pening siot main die macher...bang mcm haram lg...kalah dua2 round...huhuhu
ReplyDeletehang kalah sebab dah mengantuk kot... kalau tak mengantuk mungkin boleh menang.
ReplyDeletemula2 zukuan bermain secara bersih..tapi mai ke aku terus main rasuah kabenit...cam haram dapat no 3 je..tapi x pa tak kalah ngan pogee n nazli...hahahahahahah
ReplyDeletehang bangga boleh tibai noob buat apa? padahai hang VETERAN BEGINNER. sepatutnya hang kiranya sama tahap dengan aku.
ReplyDeletetu la pon ... ikut la apprentice noob aku ... tak main rasuah pun menang
ReplyDeletemesti ramai yg bengang sbb noob tahap cipan pun leh menang tapi tgk la sapa yg mula dulu tu... VETEREN BRUTAL kot