Wednesday, February 25, 2009

Game Night 4

Lokasi - Changlun
Masa : Sekitar 9.00 malam
Hari : Rabu (25 Febuari 2009)

Alhamdulillah kehadiran pemain malam ini juga agak memberansangkan. 6 pemain hadir untuk menyertainya malam ini (aku, Faiz LI, Fauzi, Adlee, Zukuwwan, Pun). Hanya 1 meja sahaja dibuka kerana bilangan pemain tidak cukup ramai untuk sesi selari. Malam ini merupakan malam yang agak istimewa kerana setelah sekian lama direhatkan (akibat kecederaan), Lolan berjaya juga membuat penampilan istimewa.

Pusingan pertama Dominion:Pun The Veteran Beginner cuba melengahkan permainan dengan mengajukan soalan yang merepek kepada Adlee

Sesi malam ini dimulakan dengan Dominion, sebuah boardgame yang hanya menggunakan kad sebagai mekanisma permainan. Boleh dimainkan antara 2-4 pemain dan mengambil masa antara 30-60 minit. Dalam permainan ini, setiap pemain diberi 10 kad yang sama sebagai dek. Kemudian pemain boleh membeli kad-kad yang lain sebagai support, emas atau victory point. Oleh yang demikian, bilangan kad dalam dek pemain akan bertambah dari masa ke masa. Pemain ditentukan dengan mengira victory points yang dibeli dan berada dalam dek pemain.

Zukuwwan tersenyum kerana berjaya palam aku

Walaupun bilangan maksimum untuk Dominion hanya 4 pemain tetapi kami mengambil keputusan untuk mencuba memainkannya dengan 5 pemain dan kemudiannya 6 pemain. Oleh itu 2 dek ditambah menjadikan 12 dek Kingdom Card untuk 5 pemain dan 15 dek Kingdom Card untuk 6 pemain.

Adlee menerangkan salah satu tips untuk menang Dominion ialah menawarkan pihak lawan koew teow untuk mengalihkan perhatiannya kepada makanan

Pusingan pertama Dominion dimenangi oleh aku dengan 37 markah, diikuti Adlee dan Bruce Lee Jenalik (Fauzi) dengan masing-masing memperolehi 27 markah. Zukuwwan di tempat keempat diikuti oleh Pun The Veteran Beginner di tempat terakhir. Oleh kerana Pun tidak dapat menerima kenyataan dengan kedudukannya di tempat terakhir maka beliau meminta untuk memainkan semula Dominion dengan alasan kesian kat Faiz LI kerana baru tiba. Kesimpulannya Dominion merupakan boardgame yang mudah difahami dan mempunyai replay value yang tinggi disebabkan setiap sesi mungkin menggunakan dek yang berbeza maka pengalaman permainan juga berbeza untuk setiap sesi.

Lolan mencuba memegang kad Dominion

Kemudian, Bang! dipilih untuk dimainkan di mana 7 pemain menyertainya. Sekali lagi aku diberi mandat sebagai Sheriff dan aku telah berjaya menghapuskan Zukuwwan (Outlaw). Dalam permainan kali ini Sheriff telah berjaya ditewaskan oleh Outlaw (Zukuwwan, Adlee dan Pun) kerana terkena Dynamite yang dilepaskan oleh Deputy (Lolan). Fauzi (Renegade) terpaksa berputih mata kerana tewas sekali lagi di tangan Outlaw. Faiz LI (Deputy) pula tidak banyak membantu dalam melindungi Sheriff kerana terlalu kerap nazak.

Faiz LI tension kerana bertubi-tubi diBang! oleh Fauzi

Bang! merupakan permainan terakhir untuk Adlee, Zukuwwan, Lolan dan Faiz LI kerana terpaksa pulang awal. Oleh yang demikian hanya 3 pemain sahaja meneruskan sesi kali ini. Disebabkan bilangan pemain yang terhad, Carcassonne dipilih untuk dimainkan.

Pun tidak berpuas hati dengan kad di tangannya

Carcassonne merupakan antara boardgame yang mempunyai paling banyak expansion pack di pasaran. Ini disebabkan ianya mudah dimainkan dan mengambil masa yang singkat untuk ditamatkan. Boleh dimainkan antara 2-5 pemain dan mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk ditamatkan. Menggunakan tiles yang berbeza sebagai mekanisma di mana pemain akan menyusun tiles tersebut untuk memperolehi markah tertentu. Dalam sesi ini aku menjadi juara diikuti oleh Pun dan Fauzi.

End game Carcassonne:aku menang dengan jurang yang agak jauh.

Boardgame terakhir yang dipilih untuk dimainkan ialah Ticket to Ride: Swiss Edition. Ianya merupakan expansion kepada Ticket to Ride di mana dimainkan oleh 3-5 pemain. Dalam edisi ini hanya 2-3 pemain sahaja dibenarkan kerana peta yang agak padat tetapi agak mencabar kerana terdapat banyak tunnel dan tiket yang berbeza daripada permainan asal.

Aku cuba memperdayakan Fauzi untuk claim route yang tak berguna

Sekali lagi aku menjadi juara dengan jurang yang jauh sekali kerana Pun yang menjadi sock puppet aku dan Fauzi masih terlalu noob untuk menjadi palamber yang berjaya. Mungkin selepas 5-6 sesi bermain, cahaya kemenangan akan bersinar di pihak mereka... Harap sajalah...

Fauzi tak dapat menahan kebengangan kerana tewas lagi

Sekian untuk kali ini, Wassalam...




6 comments:

  1. ini boleh mendatangkan marah....

    ReplyDelete
  2. nak buat macam mana... bukan salah hang, lawan hang padu sangat. lagipun bukan menjadi satu dosa kalau hang asyik kalah. hahahahaha

    ReplyDelete
  3. ulasan untuk permainan pertama Dominion - dok ajar org sampai sendiri punya kad tak beri perhatian

    ulasan untuk game terakhir tiket to ride - susah siut nak lalu kot tunnel....keratapi kuning terpaksa lalu kot jln jauh sebab acoi dok palam...damm

    ReplyDelete
  4. bukan aku nak palam hangpa, tapi hangpa yang terlalu noob untuk mencabar aku face 2 face... hahaha

    ReplyDelete
  5. betui choi bukan dosa tapi pahala sbb bg org menang ... time kacih bang poji hahahha

    ReplyDelete
  6. rileks la poji.. round 2 dominion aku siap dapat last lagi... 2 point saja tu... tapi tak kisah pun. kalau semua nak menang, siapa nak kalah?? siapa nak kena palam?? takkan pun sorang saja kot?? kami nak jugak cari pelapis untuk pun.

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin