Thursday, February 12, 2009

Game Night 2

Lokasi - Changlun
Masa : 9.00 pm
Hari : Rabu (11 Febuari 2009)

Hanya 5 pemain dapat hadir untuk hari ini; (Asif, Barney, Nazli, Aku dan Fauzi). Oleh kerana bilangan pemain yang mencukupi maka satu meja sahaja dibuka. Pada awalnya Power Grid dicadangkan untuk dimainkan pada malam ini tetapi disebabkan bilangan pemain yang tidak mencukupi maka Shogun dan Puerto Rico menjadi pengganti.


Game yang dipilih untuk dimainkan

Boardgame yang pertama dimainkan pada malam ini ialah Puerto Rico. Oleh kerana 3 daripada pemain adalah newbie maka perjalanan permainan adalah agak perlahan disebabkan pemain memerlukan masa yang agak lama untuk memahami fungsi bangunan yang boleh dibina dalam boardgame ini.

Newbie (Barney; baju hitam) masih meninjau pergerakan permainan

Puerto Rico ; boardgame yang bertemakan city building, pengurusan ekonomi dan perladangan. Boleh dimainkan antara 3-5 pemain dan mengambil masa dalam 1-2 jam. Pemain mengambil peranan sebagai pemilik ladang di Puerto Rico. Pemain boleh memilih untuk menanam 5 jenis tanaman berbeza dan perlu menguruskan ladangnya sendiri dengan lebih efisyen daripada pemain lain dan memajukan San Juan. Ianya merupakan boardgame yang fleksibel di mana tiada ultimate strategy untuk boardgame ini dan setiap sesi memerlukan strategi yang berbeza bergantung kepada pemain lain. Boardgame ini memperolehi ranking ke-2 dalam Boardgamegeek setelah lama mengungguli ranking Pertama sebelum Agricola dihasilkan.


Sesi pertengahan Puerto Rico

Malam ini aku menjadi juara dalam Puerto Rico tetapi sesi ini selesai pada pukul 12.oo tengah malam. Oleh kerana masa semakin suntuk maka Power Grid dan Shogun tidak dapat dimainkan. Jadi Bang! telah dipilih sebagai boardgame terakhir untuk malam ini.


Asif terpaksa merokok disebabkan terlalu tension memikirkan cara untuk menang

Bang! : merupakan sebuah card game yang agak mudah untuk dimainkan. Ianya bertemakan American West; di mana setiap pemain diberi watak dan pekerjaan yang berbeza dan mempunyai matlamat yang berbeza. Pekerjaan tersebut ialah Sherif, Deputy, Outlaw dan Renegade. Sherif perlu membunuh Outlaw dan Renegade untuk menang, Outlaw perlu membunuh Sherif untuk menang, Deputy perlu melindungi Sherif; dan menang jika Sherif berjaya mencapai matlamatnya, Renegade perlu menjadi last man standing untuk menang. Boleh dimainkan antara 3-7 pemain. Kelemahan utama card game ini ialah ianya daripada jenis elimination; jadi ianya agak tidak menarik kerana pemain yang telah ditewaskan perlu menunggu sesi permainan tamat.

Untuk Game Night yang seterusnya Die Macher! dicadangkan untuk dimainkan. InsyaAllah jika cukup pemain boardgame ini akan dimainkan pada minggu hadapan. Nantikan laporannya... Sekian, terima kasih.

5 comments:

  1. bani.. adalah pemain paling lama ... nak pikiaq adoi... tension...

    ReplyDelete
  2. kepada peminat boardgame.. kalau nak main.. jgn main ngan diorg ni.. mmg susah nak menang main p la apa pun... wakakakakakkaak anak haram kuat blah blah blah

    ReplyDelete
  3. boleh main kot... tapi kena palam la...

    ReplyDelete
  4. hahahaha.. nak main palam tuan boardgame ni dulu scott coi... wakakakaka

    ReplyDelete
  5. kalau nak palam, pastikan palam tu menjadi... jangan palam separuh, nanti terkena palaman balik; menyesai lak... hahahahaha

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin