Friday, February 6, 2009

Game Night 1

Lokasi - UUM
Masa : 9.00 pm
Hari : Rabu (4 Febuari 2009)

10 pemain turut serta dalam game night 1 di UUM; 2 daripadanya pemain baru. Setelah setahun menganjurkan game night secara tidak langsung. Malam inilah malam pertama yang membabitkan 10 orang pemain. Oleh yang demikian 2 meja terpaksa dibuka dan 2 game dimain serentak.


Meja pertama : Formula De'

Formula De' ; boardgame yang bertemakan formula 1. Dimainkan oleh 2-10 pemain dan mengambil masa kira 1-2 jam untuk ditamatkan. Pada malam ini 5 pemain memulakan Formula De' dan setiap pemain mengawal 2 kereta di mana setiap satu mewakili satu pasukan Formula 1. Track yang boleh dimainkan dalam set ini ialah Zandvoort dan Monaco.


Meja kedua : Shogun

Shogun; boardgame yang bertemakan era peperangan di Jepun di mana setiap pemain mewakili seorang Shogun dan mengawal beberapa daerah. Boleh dimainkan antara 3-5 pemain dan mengambil masa 1-2 jam iaitu dalam 2 tahun permainan. Pemain boleh menjajah daerah baru untuk membesarkan empayarnya dan harus memastikan bahawa bekalan makanan mencukupi untuk musim sejuk.

Sekali lagi Adlee muncul juara sebagai Shogun yang terbaik dalam permainan malam ini dan pemain yang memenangi Formula De' ialah Asif (pemain tegar Formula De').

Malam ini juga boardgame kegemaran juga sempat dimainkan iaitu Puerto Rico. Zukuwwan muncul sebagai juara dalam boardgame ini dan pemain yang senyum dalam gambar di bawah menjadi pemain yang terakhir. (namanya dirahsiakan)

Meja pertama : Puerto Rico

Puerto Rico : boardgame yang bertemakan pemilik perladangan di Puerto Rico di mana perlu menguruskan perniagaan perladangan paling efisien antara pemain. Boleh dimainkan antara 2-5 pemain dan mengambil masa antara 1 jam. Boardgame ini diletakkan sebagai kedua terbaik dalam ranking Boardgamegeek; forum terulung untuk pemain boardgames.

9 comments:

  1. x-rated sentence for this night : hang memang fucker la faiz.. hasil daripada palaman yg berkesan dalam shogun

    ReplyDelete
  2. x-rated action for this night:pozi(bruce lee kokdiang) revealed his belly button to distract Adlee.

    ReplyDelete
  3. hahahahaha... puaka mai baru tau... semua mesti gelabah bewak...

    ReplyDelete
  4. takpa... poka tak mai malam.. sebab dia mengantuk, seharian dia dok merayau kat pusat komputer. bila dah malam letih, lena awai.

    ReplyDelete
  5. Kena wat rule baru game night ... "No Cursing and bad word allowed"

    ReplyDelete
  6. kalau set rule macam tu dah sah la pozi (bruce lee kokdiang) tak leh mai...

    ReplyDelete
  7. hg silap la .. bukan kokdiang ... kepala samseng jenalik tuh

    ReplyDelete
  8. damm... dalam ni pun palam aku lagi...

    ReplyDelete
  9. APA YANG PONTING KERJASAMA...palam ACOI!!!!!!

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin