Sunday, April 19, 2009

Game Night 11

Lokasi - Changlun
Masa : 9.30 malam
Hari : Rabu (16 April 2009)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, pada malam ini 5 pemain berjaya dikumpulkan. Asif, Pun, Nazli, Adlee dan aku memulakan saingan malam ini dengan Agricola. Permainan kali ini agak perlahan kerana Asif baru sahaja mempelajari board game ini menjadikan kami terpaksa menunggu untuk 2 pemain untuk membuat keputusan dengan masa yang agak lama (Asif dan Pun).

Agricola - Nazli menyerahkan turn kepada Adlee

Pun The Veteran Beginner masih lagi dengan misinya untuk memenangi board game ini kerana setelah beberapa kali terlibat dalam aktiviti ini beliau hanya berjaya menduduki tempat ke-4 dan ke-5 sahaja. Rekod terbaik yang pernah beliau tempa ialah menduduki tempat kedua, syabas (daripada 3 pemain). Oleh itu kekalahan pada malam ini akan menghancurkan harapan Pun untuk meneruskan perjuangannya dalam Agricola.

Ladang Pun yang masih lagi kosong padahal orang lain dah dekat nak penuh

Walaupun tidak mendapat tempat terakhir, Pun The Veteran Beginner masih lagi gagal mengungguli Agricola kerana beliau hanya mampu di tempat ke-4. Sesi Agricola kali ini menyaksikan pertarungan senget antara aku dan Adlee kerana jurang mata antara kedua-duanya adalah sedikit sahaja.

Citadels in session

Setelah selesai dengan Agricola, kami memilih untuk memainkan Citadel. Ianya merupakan board games yang menggunakan kad untuk dimainkan. Boleh dimainkan antara 2 - 7 pemain dan mengambil masa dalam 60 minit. Dalam permainan ini para pemain akan bertanding untuk membina 8 daerah terdahulu di kawasan masing-masing. Untuk mencapai matlamat ini, pemain boleh memilih beberapa peranan pekerjaan untuk diaktifkan. Sesiapa yang membina 8 daerah dahulu akan menamatkan permainan. Setiap daerah mempunyai mata masing-masing. Pemain yang mempunyai mata tertinggi memenangi Citadels.

Pun The Veteran Beginner telah berjaya memenangi Citadels hasil daripada usaha beliau dalam mengapi-apikan aku dan Adlee untuk bermusuhan antara satu sama lain dan membolehkan beliau mengambil kesempatan di atas keadaan berikut. Nazli berjaya mendapat tempat kedua walaupun ini merupakan pengalaman pertama beliau dalam Citadels.

Dominion in session

Boardgames yang terakhir untuk kali ini ialah Dominion. Ianya dipilih kerana terdapat beberapa Hero yang kesuntukan masa dan perlu pulang awal. Dalam pusingan kali ini Pun The Veteran Beginner tidak lagi mampu bermaharajalela kerana Asif, aku, Nazli dan Adlee telah masak dengan helahnya. Akhirnya aku berjaya memenangi Dominion dan tempat kedua dan ketiga masih lagi tidak dipedulikan kerana pemain lain mengharapkan Pun The Veteran Beginner tidak menang jadi mereka berpuas hati dengan apa sahaja keputusan.

Dominion - towards end game

Sekian untuk kali ini, Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin