Tuesday, August 4, 2009

Game Night 23

Lokasi - Changlun
Masa : 9.15 malam
Hari : Rabu (22 Julai 2009)

Isa bersama board games yang dirancang untuk dimainkan pada sesi kali ini.

Assalamualaikum...

Sesi kali ini hanya dihadiri oleh 3 pemain sahaja. Malam ini hanya Zukuwwan, Shanizan dan Isa sahaja yang memulakan cabaran Game Night 23. Oleh kerana gelanggang utama ditutup pada malam ini, maka lokasi untuk gelanggang diubah ke Restoran USWA di Taman Teja, Changlun.

Saingan pada malam ini dimulakan dengan Wasabi! kerana dikhuatiri para pemain lapar. Wasabi boleh dimainkan antara 2-4 pemain. Jangkaan masa permainan adalah di antara 30-45 minit. Setiap pemain mewakili seorang chef dan diberi 10 cabaran resepi untuk disiapkan. Dalam setiap pusingan setiap pemain perlu meletakkan satu ramuan di atas ruang penyediaan dan sesiapa yang berjaya melengkapkan resepi masakannya mengikut aturan menegak atau melintang akan mendapat markah yang selari dengan cabaran yang disiapkannya.

Wasabi!_1
Wasabi!_2
Wasabi!_3
Wasabi!_4
Wasabi!_5
Wasabi!_6

Wasabi! adalah antara board game yang agak ringan dan kadar kompleksiti terhadap pemahaman peraturan adalah agak rendah. Kualiti komponen board games ini juga agak baik. Sesiapa yang baru mula untuk membiasakan diri dengan board games adalah digalakkan untuk memainkan Wasabi!.

Sekali lagi gelanggang untuk Game Night diubah, kali ini di rumah Zukuwwan pula. Wasabi! dimainkan untuk kali kedua pada pusingan kedua kerana dirasakan pusingan pertama terlalu singkat. Pusingan kali ini dimenangi oleh Zukuwwan tanpa saingan yang sengit oleh Isa dan Shanizan.

Wasabi!_7
Wasabi!_8
Wasabi!_9
Wasabi!_10
Wasabi!_11

Seperti biasa game night yang diadakan pada setiap minggu dikatakan tidak lengkap jika Agricola tidak dimainkan. Maka kali ini Agricola menjadi hidangan utama untuk 3 pemain berentap. Dalam pusingan kali ini, Shanizan sekali lagi memenangi Agricola dengan jurang perbezaan mata yang agak rendah dengan Isa dan Zukuwwan.

Agricola_1
Agricola_2
Agricola_3

Sesi kali ini ditamatkan pada antara 1.00-2.00 pagi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun dalam kumpulan yang kecil. Diharap pada minggu-minggu yang akan datang penyertaan akan bertambah. InsyaAllah...

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin