Tuesday, July 21, 2009

Game Night 22

Lokasi - Changlun
Masa : 10.00 malam
Hari : Rabu (15 Julai 2009)

Assalamualaikum...

Sesi kali ini dimulakan agak lewat kerana hanya 3 pemain yang muncul tepat pada masanya. Oleh yang demikian diharap pemain memberikan komitmen yang serius kerana kelewatan anda akan menjejaskan pemain lain.

Untuk pusingan pertama pada sesi kali ini, Puerto Rico dipilih sebagai pembuka selera. Dalam sesi kali ini Zukuwwan gagal mengekalkan kejuaraannya di mana beliau tewas mengejut di tangan Shanizan. Adlee yang cuba memberikan saingan hanya mampu mendapat tempat kedua.

Puerto_Rico_1
Puerto_Rico_2

Oleh kerana Adlee dan Zukuwwan perlu pulang awal, maka lokasi perlu diubah ke rumah Zukuwwan kerana dengan ketiadaan kedua-dua mereka menjadikan kapasiti pemain pada pusingan yang akan datang kepada 3 pemain sahaja. Seperti biasa Agricola dipilih untuk dimainkan. Ianya kerap dimainkan kerana board game ini menjadi kegemaran majoriti ahli dalam Boardgame SIG di UUM. Oleh itu, boleh dikatakan hampir setiap sesi Agricola akan dimainkan sekurang-kurangnya sekali.

Oleh kerana terlalu teruja dengan kekemasan dan keindahan rumah Zukuwwan maka Nazli dan Isa masing-masing telah hilang fokus. Peluang ini diambil oleh Shanizan untuk menjuarai pusingan kedua dengan agak mudah walaupun dicabar oleh Zukuwwan.

Agricola_1
Agricola_2

Masa yang terlalu suntuk menjadikan pusingan ketiga memerlukan board game yang agak ringan. Ticket to Ride dipilih untuk pusingan ketiga. Isa yang masih lagi baru dalam board game ini menjadikan cabaran hanya tertumpu kepada 3 penjuru sahaja. Sekali lagi Shanizan berjaya menjuarainya dengan memperolehi mata melebihi 100 diikuti Zukuwwan yang mengekori dekat di belakang.

Ticket_to_Ride_1

Ticket_to_Ride_1

Sesi kali ini ditamatkan pada pukul 2.30 pagi di rumah Zukuwwan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Semoga sesi akan datang ramai lagi pemain yang boleh hadir. InsyaAllah...

Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin