Wednesday, July 1, 2009

Game Night 20

Lokasi - Changlun
Masa : 9.30 malam
Hari : Rabu (1 Julai 2009)

Assalamualaikum...

Pada mulanya kehadiran pada sesi amat menyedihkan di mana hanya 3 pemain sahaja yang berjaya tiba tepat pada waktu yang dijanjikan. Oleh kerana kuantiti pemain yang agak kecil maka Agricola dipilih sebagai board game untuk pertama.

Agricola : Game Setup

Zukuwwan mula mengisi clay.

Disebabkan para pemain masing-masing ingin mencapai objektifnya sendiri; di mana unsur palam-memalam tidak berlaku maka Shanizan telah berjaya menjadi juara dengan memperolehi 46 mata diikuti Zukuwwan dengan 31 mata dan Isa dengan 26 mata.

Game end : Board pemain yang menjadi juara

Sebelum memulakan pusingan kedua dengan Puerto Rico; 3 pemain lain berjaya tiba di lokasi iaitu Asif, Nazli dan Fauzi. Oleh kerana had pemain untuk Puerto Rico hanya 5 pemain maka Fauzi terpaksa menjadi pemerhati. Seperti yang telah dimaklumkan, Puerto Rico merupakan board game kegemaran kumpulan ini sebelum adanya Agricola. Dengan adanya Agricola maka board game ini amat jarang dimainkan.

Nazli dan Asif masing-masing khusyuk merangka strategi tanpa menyedari aksi mereka dirakam.

Game end : Zukuwwan tersenyum kerana menang lagi.

Oleh kerana terlalu lama tidak memainkan board game ini dan dipengaruhi oleh beberapa pemain yang pertama kali memainkannya (Isa); maka agak sukar untuk merangka strategi kemenangan untuk pusingan ini. Walaubagaimanapun, Zukuwwan berjaya menjadi juara dengan memperolehi 48 mata diikuti Asif 42, Shanizan dan Nazli 41 dan Isa 38.

Power Grid : Game setup.

Isa sibuk membida power plant dengan Fauzi sambil diperhatikan oleh Shanizan.

Setelah tamatnya pusingan kedua, Zukuwwan terpaksa mengundur diri. Pusingan ketiga diteruskan dengan board game Power Grid. Board game ini juga merupakan antara yang baru diperkenalkan dalam kumpulan ini. Ianya boleh dimainkan antara 2-6 pemain. Setiap pemain akan mewakili satu syarikat yang mempunyai stesyen janakuasa and akan cuba memberi perkhidmatan elektrik kepada bandar-bandar. Dalam pusingan board game ini, para pemain akan membida untuk membeli stesyen janakuasa, membeli sumber-sumber untuk stesyen tersebut dan juga cuba untuk memperluaskan jaringan perkhidmatannya kepada bandar-bandar lain. Pemain yang paling banyak membekalkan elektrik pada bandar-bandar dalam jaringannya merupakan juara dalam board game ini.

Fauzi menggigit straw kerana frust akibat tewas dalam bidaan power plant.

Untuk pusingan kali ini 5 pemain meneruskan cabaran iaitu Asif, Nazli, Fauzi, Isa dan Shanizan. Dalam board game ini Isa telah berjaya menjadi juara dengan membekalkan elektrik kepada 14 bandar dan mempunyai lebihan wang daripada Asif yang juga membekalkan elektrik kepada 14 bandar.
Asif tidak dapat mengawal emosi kerana tewas hanya dengan perbezaan 5 ringgit.

Sesi kali ini ditamatkan pada pukul 2.15 pagi. Penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada pemain yang menjayakan aktiviti kali ini. Penganjur juga ingin memaklumkan pembaca blog bahawa blog ini akan diupdate 2 minggu sekali. Sekian, terima kasih

Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin