Tuesday, August 4, 2009

Game Night 24

Lokasi - Changlun
Masa : 9.20 malam
Hari : Rabu (29 Julai 2009)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Kali ini penyertaan adalah menggalakan. 7 pemain berjaya hadir untuk sesi kali ini. Oleh kerana Asif dan rakannya datang agak lewat maka pusingan pertama dimulakan dengan Agricola.

Agricola_1
Agricola_2

Kali ini Adlee membuktikan keunggulannya dalam Agricola dengan menjadi juara walaupun dengan 31 markah. Walaupun hanya 4 pemain sahaja yang menyertai pusingan pertama tetapi ianya agak tegang kerana kesemua pemain masing-masing berlumba untuk mencapai objektif yang sama.

Pada awalnya Formula De' ingin dimainkan untuk pusingan kedua tetapi dengan kesuntukan masa maka Adlee meminta Bang! dimainkan untuk pusingan kedua. Formula De' adalah antara board games yang memerlukan masa yang agak lama untuk dihabiskan antara 90-180 minit.

Bang! dengan 7 pemain bermakna ada 1 sherif, 2 deputy, 3 outlaw dan 1 renegade. Dalam pusingan kali ini kedua-dua Deputy telah tewas di awal saingan kerana telah dibunuh oleh Outlaws yang begitu rakus menembak semua pemain. Renegade juga terpaksa akur dengan kehebatan Outlaw yang diterajui oleh Adlee bersama pengikutnya Fauzi dan Asif. Di akhir saingan Sheriff terpaksa bertempur dengan 3 outlaw; seperti yang dijangka Sheriff tidak berjaya melumpuhkan amukan Outlaw dengan kematian yang agak menyedihkan...

Bang!_1
Bang!_2
Bang!_3

Pusingan ketiga bermula dengan Formula De' dan kali ini hanya 6 pemain sahaja yang menyertainya dengan Adlee yang terpaksa pulang awal. Walaupun bermula di petak hadapan Shanizan tidak berjaya menggunakan kelebihan awal untuk menjuarai Formula De' kerana terpaksa menggunakan strategi Pit untuk menamatkan perlumbaan. Asif yang bermula di petak belakang pula telah berjaya memintas pemain lain dengan pemanduan yang agak berhati-hati. Oleh kerana terlalu banyak membuat keputusan yang agak drastik; Fauzi tidak berjaya menamatkan perlumbaan kerana keretanya rosak akibat perlanggaran dengan kereta Asif. Kesempatan ini digunakan oleh pemain lain untuk memburu tempat yang lebih baik.

Formula de_1
Formula de_2
Formula de_3
Formula de_4
Formula de_5
Formula de_6
Formula de_7
Formula de_8
Formula de_9
Formula de_10

Akhirnya Nazli telah berjaya menamatkan perlumbaan dengan tempat pertama diikuti Shanizan, Asif, Isa dan Am. Fauzi yang tidak berjaya menamatkan perlumbaan, pulang awal kerana frust.

Sesi kali ini ditamatkan pada 1.35 pagi. Sekian...

Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin