Wednesday, June 30, 2010

Game Night 30 - Race Day 3

Lokasi - Changlun
Masa : 9.30 malam
Hari : Rabu (30 June 2010)


Assalamualaikum...

Settlers of Catan dimainkan sebagai appetizer untuk sesi kali ini dengan hanya 3 pemain sementara menunggu kehadiran pelumba lain untuk memulakan Formula De'. Dalam pusingan pantas board game ini, Shanizan telah berjaya memenanginya dengan mengumpul 10 mata daripada Largest Army, 3Vp untuk Development Card dan 5 mata untuk settlement dan city.

Setting up for a new Catan game

Race Day ketiga dengan track Brands Hatch. Am tidak dapat menghadirkan diri kerana menyiapkan kerja sekolah. Oleh itu keretanya telah diundi untuk dipandu oleh Encik Rais dan Zukuwwan.

Classification for pole position : Front View


Classification for pole position : Side View

Untuk classification dalam starting grid, wakil pasukan putih telah berjaya menduduki pole position diikuti oleh Isa, Asif1, Zukuwwan, En. Rais, Am2, Shanizan2, Asif2, Am1 dan Rommel. Pada lap yang pertama kelompok di hadapan terbahagi kepada Shanizan, Isa dan Asif1 manakala kereta lain masih mencari rentak untuk memberi saingan.


First corner

Towards second and third corner : Race leader (blue car) leaves a huge gap

Jurang yang agak jauh ditinggalkan oleh Race Leader (Biru dan Putih)

Untuk beberapa corner yang pertama kedudukan pemandu masih lagi kurang jelas di mana race leader masih lagi berganti-ganti di antara Zukuwwan, Asif, Isa dan Shanizan. Ada dalam seketika Asif telah berjaya meninggalkan kelompok pendahulu dengan dua stop tetapi akhirnya berjaya juga dipintas oleh Zukuwwan.

Zukuwwan tersenyum kerana Asif gagal memasuki corner

Zukuwwan gembira kerana berjaya memintas race leader buat seketika


Kelompok yang ditinggalkan oleh Race Leader

Dalam beberapa corner untuk sampai ke penghujung litar dalam lap pertama, Shanizan telah berjaya meletakkan kedua-dua keretanya di hadapan meninggalkan kereta-kereta yang lain terutama pencabar utamanya iaitu Am dan Isa. Oleh kerana beberapa strategi yang tidak menjadi, Asif dan Zukuwwan telah dipintas.

Gambaran di Pit untuk Lap 1

Pasukan putih terpaksa menggunakan pit untuk meneruskan perlumbaan kerana pemandunya telah All-out untuk merebut tempat hadapan tetapi strategi ini telah memakan diri sendiri kerana Zukuwwan berjaya merapatkan jurang disebabkan pasukan putih mengambil masa yang terlalu lama untuk meninggalkan pit.

Kedudukan semasa corner ketiga dan keempat pada lap ke 2

Mat Lanz membuat penampilan sulung untuk tahun ini setelah sekian lama menyepi

Kehadiran Mat Lanz yang menjadi marshal pada malam ini menyemarakkan semangat Isa untuk memecut keretanya memintas Shanizan yang menjadi race leader dan dikongsi oleh kereta keduanya. Isa yang sebelum ini memandu dengan berhati-hati telah menunjukkan belang dengan menghabiskan semua resourcenya untuk memperoleh kedudukan pertama.

Asif dan Zukuwwan masing-masing merancang untuk eliminate pasukan putih

Melihat kereta Isa memecut dengan laju memberikan sinar kepada Zukuwwan untuk mengikuti jejaknya; menggunakan strategi yang agak berlainan, Zukuwwan berkali-kali check collision dengan kereta kedua Shanizan mengharapkannya terbabas agak mendapat kedudukan yang lebih baik. Oleh kerana tidak tahan dengan tekanan daripada kereta Zukuwwan, akhirnya kereta kedua Shanizan terbabas di corner terakhir yang kedudukan kedua diperolehi Zukuwwan secara automatik.

Kedudukan akhir setelah 2 lap berlumba di Brands Hatch

Akhirnya Isa telah berjaya menamatkan perlumbaan sebagai pemenang diikuti oleh Zukuwwan, Shanizan, Asif, Rommel, Asif2 dan En. Rais. Pasukan kuning tidak berjaya menamatkan perlumbaan kerana terbabas di lap kedua akibat terlalu leka dengan godaan mee goreng dan koey teow Y'Knot Cafe.

Di beberapa pusingan awal Citadels

Board game yang seterusnya dimainkan ialah Citadels, kali ini hanya 5 pemain sahaja yang menyertainya kerana Zukuwwan terpaksa pulang awal untuk menonton World Cup 2010. Untuk sesi Citadels kali ini, Isa menjadi juara dengan menyiapkan 8 building terlebih dahulu dengan score yang paling tinggi.

Sekian untuk kali ini, jumpa lagi di minggu hadapan untuk Race Day 4 : Monaco.

Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin