Wednesday, June 16, 2010

Game Night 29 : Race Day 2 - Singapore

Lokasi - Changlun
Masa : 9.20 malam
Hari : Rabu (16 June 2010)

Assalamualaikum...

Track Singapore dimainkan untuk Race Day 2 di mana Asif menduduki pole position diikuti oleh Isa, Shanizan2, Rommel, Shanizan, Zukuwwan, Am, Am2, En. Rais dan Asif 2. Disebabkan kekurangan pemandu, maka sesetengah pasukan hanya mempunyai satu pemandu sahaja dan terbuka untuk ahli baru.

Starting grid


Start of the race


Towards the first corner


Blocking strategy applied


Rommel leads the race

Disebabkan kesukaran memasuki corner dan juga kesesakan yang berlaku di dalam sesuatu corner serta blocking strategy yang digunakan oleh beberapa pemandu, menyebabkan perlumbaan kali ini dipecahkan kepada 2 kelompok pada awal perlumbaan. Rommel, Asif2, Isa, Shanizan dan Zukuwwan menduduki kelompok hadapan, manakala kelompok belakang diikuti oleh En. Rais, Am, Am2 dan Asif.


Blocked again!


Pasukan kuning terpaksa menggunakan gear rendah kerana korner telah dihalang oleh pasukan lain


Di awal perlumbaan, kereta kedua yang dipandu oleh Asif berjaya mendahului kereta lain di beberapa corner awal. Setelah beberapa korner, kereta kedua Asif telah berjaya dipintas oleh Rommel yang selepas itu telah mendominasi perlumbaan sehinggalah selesai lap pertama.


En. Rais mencari tapak


Fauzi tengah layan mee goreng teluq mata


Isa, Zukuwwan, Asif dan pasukan Shanizan berjaya merapatkan jurang antara kereta race leader setelah Rommel memilih untuk memasuki pit. Zukuwwan dan Shanizan pula memilih tidak menggunakan pit kerana mahu mengejar kelompok kereta di depan. Oleh kerana strategi pit yang agak baik, Isa telah berjaya melonjakkan kedudukan beliau di tempat kedua memintas kereta kedua Asif yang gagal menyempurnakan beberapa corner dengan sempurna.


Gap yang agak jauh antara pendahulu perlumbaan dengan kereta lain


Kereta Shanizan2 terbabas


Prestasi pemanduan Rommel merosot setelah mengetahui Sepanyol ketinggalan 0-1 kepada Switzerland menjadikan kereta yang dipandunya terus dipintas oleh Shanizan. Salah sebuah kereta dari pasukan putih tidak berjaya menamatkan perlumbaan setelah gagal dengan collision check di mana terbabas setelah berlanggar dengan kereta En. Rais walaupun bersusah payah menduduki tempat keempat setelah selesai lap pertama.

Zukuwwan (Kereta Hijau) meninggalkan jauh kereta yang lain


Perebutan tempat pertama kelompok kedua


Menantikan kereta lain menamatkan perlumbaan


Dengan pemanduan yang agak baik, Zukuwwan telah berjaya sampai di chequered flag di tempat pertama. Meninggalkan jurang yang agak jauh dengan kereta yang lain. Kedudukan akhir untuk perlumbaan kali ini dimenangi oleh Zukuwwan. Diikuti oleh Shanizan, Am2, Isa, Asif2, Rommel, En.Rais, Asif dan Am. Kereta kedua yang dipandu oleh Shanizan tidak dapat menamatkan perlumbaan. Jumpa lagi di race day 3 : Donington Park.

Perlumbaan tamat!


Wasabi! boardgame kedua pada malam ini. Rommel dan En. Rais masih baru dengan boardgame ini tetapi oleh kerana rules yang agak mudah maka ianya dimainkan buat pertama kalinya pada sesi ini. Rommel yang masih lagi dalam mood berkabung disebabkan Sepanyol tewas terus kehilangan fokus dan ini menjadikan tugas memalam the game owner hanya bergantung kepada Zukuwwan. Di akhir permainan, Shanizan berjaya memenangi boardgame ini diikuti Zukuwwan dan En. Rais.

Shanizan - Setting up the game


Rommel + Zukuwwan memilih resepi permulaan


Rommel + Zukuwwan + En. Rais memilih tiles permulaan


Shanizan sedang mendahului


Wasabi!


Oleh kerana kesuntukan masa, maka lokasi game night berpindah ke rumah Zukuwwan di Taman Teja 2. At the Gates of Loyang dipilih untuk dimainkan sambil melayan World Cup in HD. Board game ini adalah seakan FarmVille in board kerana temanya yang agak sama dan kebanyakan tindakan yang berlaku di dalam board game ini mempunyai kurang interaksi antara pemain lagi. Oleh kerana tiada gambar yang diambil pada malam itu maka gambar yang disertakan di bawah adalah sesi game night pada malam Isnin lalu.

3 fields with no regular customer - susah nak menang ni...


Isa in action

Still no regular customer petanda baik untuk kalah


Sesi kali ini tamat pada pukul 4.30 pagi. Terima kasih kepada Zukuwwan dan keluarga kerana sanggup menjemput kami ke rumahnya.

Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin