Thursday, June 10, 2010

Game Night 28

Lokasi - Changlun
Masa : 9.20 malam
Hari : Rabu (9 June 2010)

Assalamualaikum...

Musim ketiga untuk Grand Prix Formula De' telah bermula di mana sekali lagi 5 pasukan mengambil bahagian :

Pasukan Merah : Asif
Pasukan Kuning : Am
Pasukan Hijau : Zukuwwan dan En. Rais
Pasukan Biru : Isa dan Rommel
Pasukan Putih : Shanizan

Masih terdapat beberapa kekosongan pemandu dalam pasukan Merah, Kuning dan Putih. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi pihak penganjur.

Pengkelasan kumpulan dan penerangan rules baru untuk musim ketiga

Race Day 1 dimulakan dengan track Laguna Seca. Am mendapat pole position diikuti oleh En. Rais, Isa, Shanizan, Zukuwwan, Asif dan Rommel. Pada permulaan perlumbaan En. Rais, Isa dan Am mendominasi kedudukan mereka masing-masing dengan meninggalkan kelompok kedua dengan jarak yang agak jauh. Mungkin disebabkan ini adalah perlumbaan pertama pada musim ketiga maka hampir kesemua pasukan bermain dengan berhati-hati tanpa mengambil sebarang risiko pada lap yang pertama.

Kedudukan kenderaan di permulaan perlumbaan

Corner pertama Laguna Seca - 3 stops

8 kereta di corner pertama, 2 lagi dah lepas

Killer corner ahead

Tamat lap pertama Am masih mendahului dengan kedudukan pertama diikuti dengan rapat Isa dan En Rais. Asif yang mewakili pasukan merah berjaya memintas Am dan pada permulaan lap kedua disebabkan Am, Isa dan En Rais memilih untuk masuk ke dalam pit manakala Asif tidak memasuki pit dan memintas kesemuanya. Disebabkan strategi mantap ini menjadikan Asif race leader yang baru diikuti oleh Am, Isa, Rommel dan En. Rais.

Asif telah berjaya memintas Race Leader

Persaingan untuk Race Leader

Shanizan dan Zukuwwan pula masih lagi mencari rentak untuk memintas kereta di hadapan. Pada permulaan lap kedua, Zukuwwan berjaya memperbaiki kedudukan beliau di tempat kelima manakala Shanizan masih lagi di tempat tercorot.

Dengan pemanduan dan strategi yang sempurna maka Asif berjaya menamatkan perlumbaan di tempat pertama, Am pula terpaksa berpuas hati di tempat kedua walaupun mendominasi perlumbaan ini sepanjang lap pertama. Isa dan Rommel masing-masing di tempat ketiga dan keempat menjadikan pasukan mereka di tempat pertama. Zukuwwan dan En Rais berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kelima dan keenam. Mata yang terakhir berjaya diperoleh oleh Shanizan. Ini disebabkan kereta kedua pasukan merah dan kuning spin di beberapa corner yang terakhir. Kedudukan untuk perlumbaan akan mula dipost pada Race Day 2 nanti. Nantikan Race Day 2 : Singapore track...

Tamat sudah Race Day 1 - Grand Prix Formula De'. Long Shot pula dimainkan sebagai board game kedua. Dalam perlumbaan kali ini kuda nombor 3 telah berjaya memenangi perlumbaan diikuti nombor 6 dan nombor 7. Sesi kali ini lebih pendek dari biasa kerana dadu 0 kurang muncul untuk malam ini.

Awal perlumbaan - kuda nombor 3 memulakan rentak kemenangan

Zukuwwan playing Long Shot card

Horse 3 still leads the race



Sesi malam ini tamat dengan Long Shot. Berikut adalah gambar untuk sesi Game Nite pada malam Isnin. Dimulakan dengan Agricola dan ditamatkan dengan Zombies!!! Jumpa lagi pada sesi akan datang.

Occupation dan Minor Improvements Shanizan

Am & Rommel in action

Am, masih lagi dalam mood blur...

Parti bersama Zombi

Zukuwwan cuba membunuh zombi


Zukuwwan dan Am...

Zombi Kampung Pisang mengamuk mencari otak

A Night with Zombies!!!

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin